Hubungan "panas" melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Raja Bomoh Datuk Mahaguru Ibrahim nampaknya "berakhir" apabila kedua-duanya "DISATUKAN" di padang bola. Mungkin "penyatuan" ini akan melenyapkan terus isu "tamparan buaya" yang pada satu ketika begitu heboh diperkatakan.
Apa yang lebih menarik, pasukan bola tersebut turut melibatkan Perdana Menteri, Dato Sri Najib, Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin dan pemain skuad bolasepak kerajaan.
Hahaha.... amacam? Tidak ketinggalan Mr Bean dan Tun M tu.
HAHAHAHA......
Jangan Mare.....
Sementara itu, Awani melaporkan :
Gambar ‘pasukan’ Brazil yang dimuat naik oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Facebook beliau kian mendapat perhatian.
Merupakan satu gurauan setelah pasukan Brazil layak ke peringkat seterusnya dalam Piala Dunia, gambar berkenaan turut disertakan dengan mesej, "Ini sebab Brazil kembali menang semalam. Nombor 11 score dua bijik (up sendiri). Nombor 4man of the match(up boss). Yang pakai songkok kad merah."
Gambar itu menampilkan pasukan Brazil yang terdiri dari Khairy dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.
Ia turut menampilkan dua pemain negara iaitu penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dan Pemain Johor Darul Takzim FC Safiq Rahim.
Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain dan pelakon Mr. Bean Rowan Atkinson turut dimuatkan dalam gambar berkenaan.
Ramai memuji sikap ‘sempoi’ Khairy yang memuat naik gambar berkenaan.
“Lawak paling kelakar sejak bermulanya Piala Dunia,” tulis Andrew Kish.
Namun ada juga yang kurang senang dengan tindakan Khairy.
“Tidak wajar. Sebagai menteri dalam kerajaan, kenalah mempromosikan budaya menghormati pemimpin negara,” tulis Mohd Yunus Sharum.
Penampilan Tun Mahathir mendapat reaksi positif.
“Tun M Nampak gagah,” tulis Siti Ct.
Tambah Pami Nasir, “Dr Mahathir ada yang paling ‘best’.”
Ada yang bertanya tentang kelibat seorang lagi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sambut menulis mungkin beliau menjadi jurulatih pasukan, kata Rahim Alie.
KJ dah tak ada kerja. Bila agaknya Malaysia dapat masuk world cup KJ?
BalasPadamJawabnya berangan saja kita. Menterinya suka berangan dan tak buat kerja. Saya nak tanya KJ apa blue print untuk menaikkan taraf sukan di Malaysia? Jangan kita duk harap Nicol dan Lee Chong Wei saja. Pasukan hoki kita jadi punching bag di world cup.