SAYU : Lukisan Anak Abby Yang Menyentuh Perasaan!!!



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apatah lagi ini merupakan kegagalan kali kedua buat Abby dalam berumahtangga.

Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, kembali rujuk terpaksa dilupakan kerana perkara itu tidak mungkin berlaku.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaru Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya.

“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dulu dan kini.

Sebelum ini Abby turut memuat naik rakaman video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah. 

Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya. Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka.

Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu. 

Malah Abby turut menjelaskan, pekahwinannya dengan Farhan bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua. “Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Jodoh dan maut itu sesungguhnya di tangan Tuhan. Wallahu Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....