Semalam sudah pun bermula khabar - khabar angin yang menyentuh mengenai rombakan kabinet yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Katanya, ada tiga orang menteri yang dilaporkan bakal meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Portal Malaysian Digest memetik dari sumber yang menyatakan, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran Menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing - masing.
“Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu - isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri - menteri Kabinet tersebut,” kata sumber berkenaan.
Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu “ia akan berlaku tidak lama lagi.”
Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan.
Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio di kalangan Menteri sedia ada berikutan pengosongan tiga portfolio yang disebut dibawah. Diantaranya:
Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi tumpuan berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah.
Manakala satu lagi ialah Kementerian Wilayah yang dikhabarkan turut terpalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversi yang timbul berkaitan dengan kewujudan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post
Jadi, siapakah yang bakal DIGUGURKAN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....