BR1M : Kerajaan Salah - Nurul Izzah



Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menuduh kerajaan menjadi punca peningkatan penduduk miskin di seluruh negara. Nurul juga menyatakan bahawa pemotongan subsidi menyebabkan rakyat menjadi semakin miskin selain daripada pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysiia (BR1M) yang dikatakan tidak mampu membantu rakyat langsung. 

Nurul Izzah mendakwa kajian-kajian dari dalam dan luar negara banyak mengupas dan mengulas punca kemiskinan di Malaysia adalah datang daripada penggubalan polisi yang mencengkam kehidupan rakyat. Tambah Nurul Izzah lagi, pemotongan subsidi tersebut juga meningkatkan kadar kemiskinan bangsa Cina dan India di bandar dan luar bandar, walaupun kesannya tidak begitu mendadak dibandingkan dengan golongan Bumiputra. 

Menurut beliau, kesan pemotongan subsidi bahan api, kajian itu mendapati pertambahan sebanyak 37.5% daripada Bumiputra bandar dan 23.3% daripada Bumiputra luar bandar akan berada dalam risiko miskin tegar kerana pemotongan subsidi itu. Mereka ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi sekiranya terjadi kejadian yang tidak disangka seperti bencana alam atau kematian pencari nafkah. 

Beliau berkata, kerajaan perlu disalahkan kerana menggalakkan penerima bantuan ini kekal miskin kerana digula-gulakan dengan bantuan seperti ini. Beliau menegaskan, Malaysia perlu berfikir tentang bagaimana memperkasakan rakyat untuk mengeluarkan diri mereka sendiri daripada perangkap kemiskinan. 

Nurul Izzah juga berkata, BR1M dikenal pasti sebagai pemberian yang tidak mampu menyelamatkan rakyat daripada perangkap kemiskinan yang bakal menanti. Anak perempuan Anwar ini juga meramalkan rakyat miskin akan bertambah jika kerajaan tidak mengubah polisi mereka demi rakyat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....