TERKINI!!! CERAI : Suami Abby Lafaz Dua Kali!!!

Suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, telah melafazakan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan ketika prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.




Salah satu lafaz cerai itu tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun ini bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memberitahu mahkamah bahawa suaminya itu pernah berkata kepada seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.



Kes cerai Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar ditangguhkan kepada 11 Jun ini.



Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu.

1 ulasan:

  1. Abby pucuk muda PAS pun tak larat nak layan ustazah PAS ni.....elok bagi kat pakar kaunsling pukul 3 pagi dalam bilik hotel .......ahakss

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....