Seminar Agama Di UiTM Berbahaya?

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup bagi membincangkan isu yang berbangkit sewaktu ‘Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara’ yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kita akan siasat berkenaan seminar tersebut dan menyiasat apa isi kandungan daripada seminar tersebut,” katanya sewaktu sidang media sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2014, anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa.



Maklumat Lanjut Festival Belia Putrajaya 2014 : KLIK SINI


Tambahnya, kita tidak boleh biarkan sekiranya matlamat seminar untuk menakut-nakutkan pelajar UiTM yang majoritinya beragama Islam supaya menjauhi penganut agama Kristian.

“Kita sepatutnya menggalakkan keharmonian dalam masyarakat kita dan bukannya menakut-nakutkan orang Islam. Jika itu pendekatan yang digunakan, ia memang salah dan kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur,” kata Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno.

Seminar yang berlangsung pada Selasa lalu anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Yayasan Warisan Ibnu Aaby, UiTM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Turut menghadiri seminar berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamada Adzib Mohd. Isa dan Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar.

2 ulasan:

  1. Cakap kapir jer kita nak kena dengar...cakap Melayu Islam yang majoriti ni nak campak mana?

    BalasPadam
  2. abis ckp taliban melayu islam semua betul. org kapir nk kena jadi lembu ikut jer?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....