#FBP14: TPM Lancar Siri Jelajah BN YOUTH Job Fair 2014


Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin telah mengadakan lawatan ke beberapa tapak pemeran yang sedang berjalan di Festival Belia Putrajaya 2014 dan sempat melancarkan siri jelajah BN Youth Job Fair bagi tahun 2014 semalam.

Diiringi oleh Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, BN Youth Job di Festival ini telah merekodkan seramai 27,842 permohonan kerja dan beberapa pemohon telah berjaya diterima bekerja.

Berlangsung dari 23 Mei sehingga 25 Mei, BN Youth Job Fair menawarkan lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dari 150 buah syarikat, karnival ini juga telah di lawati oleh lebih 500,000 pengunjung.

YAB Muhyiddin bin Yassin sendiri berkesempatan menyampaikan surat tawaran bekerja kepada beberapa pemohon yang bernasib baik. Program karnival kerjaya yang disifatkan sebagai terbesar dalam negara ini dilihat sebagai peluang keemasan kepada golongan belia bagi mencari pekerjaan yang lebih baik dan secara tidak langsung dapat membawa karier mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk rekod, BN Youth Job Fair 2013 yang lalu, telah mencatatkan lebih 17,000 pengunjung dicatatkan hanya dalam masa tiga hari diadakan dan menyaksikan lebih 20,000 resume dihantar.

Orang ramai yang berminat, boleh melawat tapak karnival ini yang terletak di ZON Timur berhadapan dengan Istana Kehakiman.

-Hafiz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....