#FBP14 - PAVILION JOHOR TAMPIL KEUNIKAN




Putrajaya - Johor sekali lagi tidak ketinggalan untuk bersama - sama memeriahkan Festival Belia Putrajaya bagi kali ini. Pavilion yang menempatkan negeri - negeri dinegara ini memperlihatkan kepelbagaian serta keunikan yang terdapat dinegeri - negeri tersebut.




"Johor mengetengahkan konsep Rumah Limas yang merupakan rumah tradisional yang terdapat dinegeri tersebut. Tarian zapin, inang, joget pula menjadi penambah kemeriahan diPavilion Johor. Kita juga turut menampilkan demonsrasi membuat capal yang didatangkan khas dari negeri Johor, menurut kata Azmi  Othman Pegawai Penyelaras Pavilion Negeri Johor.

Tahun ini juga kami membawa produk orang muda iaitu The Great Johor (TGJ) yang menjual baju dan produk bertemakan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim. Tidak ketinggalan kami membawa produk baru kerajaan Negeri Johor iaitu Sukarelawan Darul Takzim (SDT), tambahnya lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....