Putrajaya: Peminat buku serata Malaysia telah berkumpul di Bangunan Perbadanan Putrajaya, tingkat 2, Dewan Sri Siantan sepanjang Festival Belia Putrajaya 2014 bagi menyertai acara tahunan pameran buku Big Bad Wolf
Menawarkan potongan harga sebanyak 75% sehingga 95% pada semua buku, pameran ini menjanjikan pelbagai genre buku dari buku berkonsepkan fiksyen, kanak-kanak, sehinggalah buku yang bergenre kan sejarah.
Dibahagikan kepada kategori, pengunjung dengan mudah dapat mencari buku mengikut kesesuaian atau minat masing-masing.
Bagi pelajar yang berminat membeli pelbagai buku yang menarik, Big Bad Wolf juga menerima Baucar BB1M yang boleh digunakan untuk membeli buku pilihan anda.
Untuk rekod, Pameran buku terbesar di Malaysia ini bermula pada tahun 2009 oleh pemilik kedai buku BookXcess, Andrew Yap dan pasangannya Jacqualine Ng telah menjadi acara tahunan yang Pada tahun 2012 ia diadakan di Pusat Pameran dan Konvosyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Kuala Lumpur dengan tiga juta buah buku dan majalah untuk dijual. Kebanyakan buku yang dijual adalah buku bahasa Inggeris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....