TIAN CHUA : Polis Buka Siasatan Baru!!!

Polis membuka satu lagi kertas siasatan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Khairi Ahrasa berkata, ia susulan ceramahnya di Pantai Dalam pada 20 April lalu.





“Saya memaklumkan bahawa kita ada membuka siasatan yang kita klasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1c) Akta Hasutan 1948 dan juga di bawah Seksyen 124(C) Sosma,” katanya pada sidang media di ibu negara.

Khairi berkata, kenyataan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu itu adalah satu proses untuk menjatuhkan kerajaan di luar sistem perlembagaan.

Dalam ucapan itu, Tian Chua didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dengan mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Pada 14 April lalu, Tian Chua juga disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 sehingga menyebabkan telefon bimbitnya dirampas.

Polis mengesahkan kertas siasatan tersebut telah lengkap dan kini sedang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....