Seorang artis melayu yang beragama Islam menerima kecaman teruk di laman sosial apabila memuatkan dirinya sedang meraikan pesta Songkran di Thailand.
Artis berkenaan bagaimanapun menafikan beliau pergi ke negara berkenaan semata-mata untuk menyambut pesta keagamaan berkenaan, sebaliknya mendakwa tujuannya hanya untuk bercuti setelah penat berkerja.
Menurut aktor berusia 32 tahun ini, dia berharap pemergiannya ke sana tidak dijadikan isu kerana niat asalnya hanyalah untuk berehat dan memilih Bangkok sebagai destinasi percutian yang secara kebetulan jatuh pada perayaan pesta air di negara itu.
"Sejujurnya saya tidak merancang untuk menyertai pesta itu kerana pada asalnya saya mahu bercuti dan berehat selepas penat menjalani penggambaran filem Antara Satu yang dijalankan di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.
"Bagi saya kalau bercuti, saya perlu keluar dari 'habitat' saya, maksudnya jauh dari rumah atau kampung kerana bila berada di 'habitat' saya, saya tetap akan fikirkan kerja.
"Memandangkan cuti tak panjang, jadi saya ambil keputusan bercuti ke destinasi yang berhampiran sahaja dan kebetulan juga saya tak pernah ke Bangkok. Bila sampai di sana kebetulan mereka ada sambutan pesta tersebut," katanya ketika ditemui media kelmarin.
Remy berkata, biarpun dia menyertai pesta tersebut, itu bukan bermakna dia menganut atau mengangkat perayaan kaum lain, sebaliknya pada pandangan Remy ia sekadar mempelajari budaya kaum lain.
“Saya memang suka pada warisan dan kebudayaan. Jadi saya rasa tak salah kalau kita ambil tahu mengenai budaya di rantau Asia. Mengenai komen negatif segelintir pihak itu, saya tak baca pun. Pada saya, kalau ada yang positif kenapa kita perlu ambil yang negatif," jelasnya.
Baru-baru ini, Remy menerusi laman Instagramnya ada memuat naik beberapa gambar sewaktu berada di keraian tradisional masyarakat Thailand itu.
Secara ringkas, Pesta Songkran adalah sambutan tahun baharu bagi masyarakat Buddha di Thailand. Pada hari tersebut diadakan acara menyimbah air simbolik sebagai membersihkan patung-patung Buddha.
Bagaimanapun ada sebilangan peminat yang memberikan komen mengatakan Remy tidak patut ke pesta berkenaan kerana tindakannya itu dianggap bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....