FITNAH!!! Mazidul Akmal Sidik DILAGAKAN Dengan Rakyat Sarawak!!


"Orang serawak masih mengguna cawat dan tinggal di atas pokok di bahagian pembangkang..alhamdulillah di tompok pimpinan bn hidup mereka berubah"

Macam-macam hal!!! Penipuan akaun falsu (fake account) nampaknya dah menjadi perkara biasa. Dan terbaru, wartawan Mazidul Akmal Sidik turut terkena dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan beliau dengan penduduk negeri Sarawak.


Jom kita ikuti penjelasan dari beliau :

Satu akaun palsu telah dibuka menggunakan gambar saya. Terima kasih kepada rakan facebook dari Sarawak, Prinz Azlan kerana memaklumkan saya sebentar tadi.





Nama saya, Mazidul Akmal SIDIK, bukan SIDEK.

Jika diteliti status di atas, SARAWAK dieja SERAWAK. Tiada negeri SERAWAK di Malaysia. Manakala lebih pelik lagi, perkataan TOMPOK tidak sesuai digabungkan dengan PIMPINAN.

TOMPOK PIMPINAN?


Pencipta akaun terbabit, tersilap.

Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kaedah semikian bukan stail penulisan saya. Rakyat Bumi Kenyalang, usah terlalu mudah diperdayakan kelompok sentiasa cuba memecah belahkan hubungan kita.

Akaun sebenar facebook saya, klik Mazidul Akmal.

Page saya, klik Mazidul Akmal Sidik

1 ulasan:

  1. RBA sudah mula menjalankan kerja memfitnahnya...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....