PrayForMH370 : Suspek Hilang Passport DITAHAN Di Thailand

Dua penumpang pesawat MAS MH370 kini masih hilang, didapati menggunakan pasport curi sewaktu terbang dari KLIA ke Beijing, China pada pagi 8 Mac lalu. Satu daripada pasport itu, milik warga Itali, Luigi Maraldi, 37 tahun.




Semalam, polis Thailand memberkas Maraldi di sebuah apartment di Nanai Road, berhampiran Patong. Patong dikenali kerana dipenuhi pusat hiburan dan juga pantai bogel. Maraldi dilaporkan mula bercuti di lokasi itu pada 1 Mac dan dijangka akan meninggalkan Thailand pada 15 Mac 2014.

Pada 22 Julai 2013, pasport milik Maraldi didakwa diserahkan wanita, pemilik kedai menyewakan motosikal kepada lelaki warga Itali lain. Lelaki itu memaklumkan wanita itu, 'Maraldi adalah bekas suaminya'.

Pelancong berkunjung ke Thailand wajib menyerahkan pasport mereka sebagai cagaran kepada pengusaha kedai andai berhasrat menyewa kenderaan.

Klik di sini.

Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Jabatan Imigresen, diketuai Ketua Pengarahnya, Aloyah Mamat untuk menyiasat kes penggunaan pasport curi dipalsukan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....