MH370 : MENGEJUTKAN!!! Pendedahan Penumpang Bersama Co-Pilot Di Kokpit





Seorang pelancong asing telah mendedahkan bagaimana beliau dan seorang temannya telah "dijemput" untuk melepak dalam kokpit kapalterbang di sepanjang penerbangan MAS oleh pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang.

Cik Roos dari Afrika Selatan yang dalam perjalanan di seluruh Australia, memberitahu "Channel 9 television’s A Current Affair programme" bahawa beliau dan rakannya Cik Maree juga dari Afrika Selatan ada bergambar dengan juruterbang.

Roos juga menyatakan ianya agak luar biasa dari aspek keselamatan apabila Fariq Abdul Hamid dan rakan sekerja beliau melanggar peraturan Syarikat Penerbangan Malaysia dengan menjemput mereka menyertai mereka dalam kabin untuk penerbangan satu jam ke Kuala Lumpur. 

Cik Roos juga memberitahu bagaimana dia dan rakannya duduk di dua "jumpo seat" bagi keseluruhan perjalanan, termasuk semasa pesawat berlepas dan mendarat.

"Sepanjang keseluruhan penerbangan mereka bercakap kepada kita dan mereka sebenarnya merokok sepanjang penerbangan tersebut yang saya tidak fikir mereka dibenarkan untuk berbuat demikian," Cik Roos memberitahu rancangan TV malam tadi.









Baca seterusnya klik sini 





- SUMBER


"Video ini sudah tentunya menimbulkan kekecewaan rakyat Malaysia. Kru MAS yang telah menonton video ini mengatakan bahawa kenyataan wanita ini tidak benar dan telah ditokok tambah dengan niat tertentu. Malah, kelihatan mencurigakan. Wanita ini memberi kenyataan untuk mempertikaikan keselamatan kokpit pesawat Malaysia Airlines antaranya:

1. Pilot berfoya-foya,
2. menghisap rokok di dalam kokpit,
3. mengajak mereka untuk berada di kokpit sepanjang penerbangan (nampak benar bohongnya!).

Memang ada penumpang yang bergambar bersama juruterbang di kokpit tetapi ada protokolnya. FYI, pilot tersebut adalah salah seorang pilot pesawat MH370 yang masih hilang ini. Tidak adil hanya mendengar penjelasan wanita ini sahaja. Tidak adil mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja."

Pihak berkuasa tempatan digesa untuk melakukan penyiasatan akan hal ini dan mengambil tindakan sepatutnya. Ini adalah salah satu cara media barat menjatuhkan negara kita dengan cara yang sungguh licik. Terima Kasih.

3 ulasan:

  1. aku pun ada amik pic dengan juruterbang.. pramugari/a kat air asia.. tapi selepas selamat sampai.. bila semua penumpang dah turun.. saya nyatakan nak bergambar dgn dorang...tujuan kami hanya nak mengabadikan pic saya dengan mereka.. maklumlah bangga dpt naik flight.. itu je....

    BalasPadam
  2. Minah2 Mat Saleh ni memang suka menggatal...dia yang terhegeh2 nak masuk cockpit sbb nak action dgn kenkawan dia, pastu bila org dah buat baik bagi peluang dia mengata org pulak. Dorang ni pantang ada peluang suka jer nak jadi top news... sebab tu semua rancangan reality dorang yang start dulu. Menggila2 semua nak jadi ikon reality show......

    BalasPadam
  3. Depa ni mental psyicology punya org

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....