AIR : Singapura Kantoi!!



JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor menyangkal pendapat Singapura yang mengatakan ia telah kehilangan hak untuk menyemak semula harga air mentah dibekalkan kepada republik itu di bawah Perjanjian Air 1962.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, perjanjian itu memberi hak kepada Johor dan Malaysia untuk menyemak harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura.

"Jabatan Peguam Negara telah memberikan pandangan bahawa kita tetap mempunyai hak untuk menyemak semula harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura itu.

"Kita tidak bersetuju dengan pandangan Singapura yang mengatakan kita telah telah kehilangan hak itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Luar republik itu K. Shanmugam di Parlimen Singapura semalam bahawa Malaysia telah kehilangan haknya selepas tidak berbuat demikian pada 1987. - Bernama

2 ulasan:

  1. Pakai ISO standard. ISO standard akan disemak, dikaji dan dipinda selepas 5 tahun. Tak semestinya tepat 5 tahun wajib dibuat. Tak caya, lihatlah versi2 ISO yg ada.Ada yg lebih dari 5 tahun baru dipinda

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....