POLITIK WANG: PKR Johor Desak ADUN Bukit Naning (UMNO) Letak Jawatan!!!

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, mendesak Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning meletak jawatan kerana terlibat dalam politik wang.






Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata UMNO telah mengantung keanggotaan Saipolbahri yang dikatakan terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November lepas.

Jui Meng berkata pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara berkenaan kepada pihak berwajib.

“Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang menyebut Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

"Anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jui Meng menegaskan, budaya politik wang yang kronik itu perlu dibendung agar ia tidak merebak ke dalam PKR.



“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul telah pun menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek ini tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini,” katanya.

Isnin lalu, Bernama melaporkan Badan Perhubungan UMNO Johor mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.


SUMBER 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....