SEMBAH DERHAKA!!! Akhirnya Sultan Melaka Ditahan!!!

Kekeliruan dan kekalutan dengan munculnya individu yang mendakwa sebagai Sultan Melaka yang sah akhirnya DIHENTIKAN sekurang-kurangnya buat seketika.

Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.




Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata. siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....