KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tiga mangsa sebuah pesawat ringan jenis Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang dilaporkan hilang petang semalam dijumpai selamat kira-kira 3.45 pagi tadi.
Ketiga-tiga mangsa, Saiful Farid Amin, 40; Syed Haidar, 25; dan Mohd. Saiful Zafiq, 25, dibawa keluar daripada kawasan nahas di Empangan Batu di Selayang di sini pada pukul 5 pagi tadi.
Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang dekat sini untuk mendapat rawatan kecemasan.
Seramai 35 anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) ketiga-tiga mangsa nahas berkenaan.
Ketua Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila pesawat berkenaan yang diterbangkan oleh Saiful Farid hilang kawalan apabila cuba mengelakkan seekor burung helang yang melintasi pesawat.
"Pesawat yang hilang kawalan tersebut kemudiannya merempuh pohon buluh dan terhempas," kata Othman pada sidang akhbar di lokasi berhampiran nahas pesawat..
Pesawat Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan dilaporkan hilang pada pukul 5 petang di sekitar Batu Caves, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....