Polis menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sebuah rumah di Taman Ayer Keroh Height malam semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kedua-duanya yang berusia 38 dan 34 tahun pergi ke rumah tersebut yang di didiami 22 lelaki Bangladesh kira-kira 10.30 malam atas alasan mahu melakukan siasatan.
"Pihak polis turut merampas dokumen pengenalan diri, telefon bimbit dan dompet para pekerja kilang berkenaan.
"Salah seorang suspek turut memukul beberapa orang mangsa sebelum berlaku pergelutan antara mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Salehhudin menjelaskan, warga Bangladesh itu kemudiannya berjaya menahan kedua-dua suspek dan memperoleh semula barangan mereka yang disamun itu.
Beliau berkata salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencuri.
MELAKA, 6 Jan. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....