GAMBAR : Tragedi Menyayat Hati Bapa Kelar Anak Di Bangi!!!


Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Bangi, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. 




4 ulasan:

  1. suspek mengangur lebih dari 2 tahun sebenarnya

    BalasPadam
  2. Dasar bapa jenis bangsat...kalau yer pun x kerja ape lah ko nak susah...bini dah mampu nak tanggung ko duduk umah diam2 buat kerja surirumah...bkn ko sorang lelaki kat Malaysia skrg ni di tanggung isteri...hampir 60% lelaki bergerlar surirumah kat Mlaysia..dah pompuan skrg mampu kerjaya lagi bagus..belajar lgi tinggi..ape la bodoh sampai nak buat tindakan si bodoh2 manusia...sembelih je balik..pakai pisau tumpul..aku sudi nak sembelih bapak budak2 tak berdosa tu...

    BalasPadam
  3. Bapa budak2 ni terbabit syiah....itu hakikatnya...kesian bebudak tak berdosa..jauhi syiah..tentang habisan

    BalasPadam
  4. korang ni pandai2 je menyumpah... tak tau citer sebenar tok sah aa bising... buat dosa je.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....