Kali ini tanpa segan silu penulis SANGAT SETUJU dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan ini, Khairy Jamaluddin.
Setelah perkara ini menjadi besar dan laporan polis telah dibuat namun sebagai balasan, hanya permohonan maaf yang terpacul keluar dari mulut guru Cina ini. Adakah Kementerian Pendidikan mahu lepas tangan dan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja?
Umpamanya Timbalan Menteri Pendidikan terpaksa menutup mulut atas penghinaan ini. Mungkinkah P. Kamalanathan tidak melihat perkara ini sebagai satu kesalahan memandangkan yang melakukan niat jahat ini adalah seorang guru yang bukan dari bangsa Melayu?
Teringat kes di SK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor yang mana seorang Guru Besar berbangsa Melayu digantung tugas hanya kerana anak murid berbangsa India makan di dalam bilik persalinan memandangkan kantin dalam kerja baikpulih semasa bulan Ramadhan yang lalu.
Maka, turunlah Timbalan Menteri Pendidikan ini dibawa bersamanya Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mulalah marah-marah P. Kamalanathan sehinggakan Guru Besar sekolah terbabit digantung tugas sehingga kes selesai. Pantas sungguh tindakan Ahli Parlimen Hulu Selangor ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.
"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.
Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.
Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.
Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....