Nik Aziz, Hadi Awang dan Ust. Azizan Tidak Sekata Dengan Video Ini




Umum mengetahui bahawa perjuangan PAS sebenarnya telah lari dari konsep asal Islam. Perjuangan mereka hanya pada nama Islam dan pemakaian mereka. Tetapi perlakuan dan pertuturan mereka jauh daripada ajaran Islam yang sebenar.


قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :"مَنْ اَرَادَ أَن يَنْصّحَ سُلْطَانَ فِىْ أَمْرٍ فَلاَ يُبْدِهِ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذَ بِيَدِهِ فَيَحْلُوْ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أّدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ.)  رواه احمد وغيره )


Terjemahan Hadis:

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin berkenaan dengan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang- terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi ( menasihatnya di tempat yang sunyi) sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya dia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya “.(Hadis riwayat Ahmad dan lain –lain ) .


Keterangan mengenai Perawi Hadis 

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain –lain .Imam Ahmad ialah Pengasas Mazhab Hambali.Nama penuhnya ialah Ahamd bin Muhammad bin Hanbal .Dilahirkan pada tahun 164H(780M) .Murid kepada Imam Syafie .Beliau banyak mengumpulkan hadis , sehingga berjaya sebuah buku kumpulan hadis yang bernama “Musnad Ahmad b.Hanbal” .Di dalamnya mengandungi sebanyak 30,000 hadis yang dipilihnya dari 750,000 hadis .Beliau meninggal dunia pada tahun 241H (855M) ketika berusia 75 tahun .

Nilai Hadis

Mengikut pendapat al-Syikh Nasiruddin Albani (Penganalisis hadis) hadis ini adalah hadis yang menjadi sumber utama cara menasihati pemimpin dengan cara sembunyi ,apabila seseorang melakukannya maka dia sudah melaksanakan tanggungjawab , samada pemimpin itu menerima atau tidak , perkara seperti ini telah dilakukan oleh segolongan besar salaf daripada kalangan sahabat dan tabiin dan ulamak yang masyhur selepas mereka telah pun melaksanakan cara yang disebut dalam hadis ini “
Keterangan Hadis secara terperinci

Cara menasihati pemimpin :

1.Waktu yang sesuai

Syikh Ahli Sunnah , Mufti Arab Saudi berkta “Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemimpin , menghebuhkannya di atas pentas – pentas dan mimbar –mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar kacir , tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruh serta membawa kepada kemudaratan dan tidak manfaat sama sekali . Cara yang dilakukan oleh ulama salaf ialah :
• Menasihati pemimpin pada ketika tiada orang bersamanya .
• Menulis surat kepadanya .
• Menghubungi ualama yang berdamping dengan pemimpin agar mereka dapat membimbingny0a ke arah kebaikan .

Cara yang disarankan oleh syikh di atas adalah sama cara yang disarankan oleh hadis ini dengan cara memberi nasihat kepada pemimpin di tempat yang sunyi iaitu tempat yang tidak didengar dan diketahui oleh orang ramai .Kerana ia tidak akan mengaibkan pemimpin tersebut .

2.Cara yang bijaksana .

Hendaklah dengan perkataan yang lemah lembut dan bijaksana supaya nasihat itu akan dapat diterima dengan baik , firman Allah SWT yang bermaksud:
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; (Al-Nahl :125).

Dengan cara lemah lembut , sebagaimaa Musa dan Harun mendakwah Fir’un , Allah perintahkan berbuat demikian, FirmanNya yang bermaksid :
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha : 44 )
Pengajaran Hadis .


1.Berilah nasihat kepada pemimpin itu pada waktu dan tempat yang sesuai , jangan di tempat orang ramai , masa pemimpin sibuk dengan tugasnya .

2.Berilah nasihat dengan bijaksana dan kata-kata yang boleh menarik mereka mendengar dan menerma nasihat tersebut .


BB : Semakin hari semakin muak dan jelik dengan mereka yang mengaku dan bangga dipanggil ulama, tetapi perlakuan jauh daripada yang sepatutnya. Islam Itu Indah dan Suci, Jangan Pergunakan Agama Demi Kepentingan Peribadi.

BOGEL : Keadaan Ibu Tunggal Apabila Di Datangi Pegawai


ibu tunggal
BESUT – Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.

Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.
Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.
“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.
Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.
Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Sinar Hari

VALENTINE DAY - Sahabat Atau Kekasih, Apa Yang Anak Muda Islam Perlu Tahu!!!

Februari menjelma lagi. Anak muda khususnya yang sedang bercinta amat menantikan saat dan tarikh ini. "Valentine Day" yang dianggap sebagai "Hari Kasih Sayang" ditunggu-tunggu dengan penuh debaran.






Setiap tahun, tanggal 14 Februari, media-media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine. Pelbagai acara dianjurkan, restoran-restoran, hotel-hotel, kedai-kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan hari Valentine di premis-premis perniagaan mereka.



Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza, yang mana tidak dapat diketahui mana satukah kisah yang sahih. Akan tetapi, secara jelasnya kita dapat melihat bahawa hari Valentine bukanlah daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur-unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda.



Pertama: Ia merupakan satu budaya yang menyerupai bukan Islam. Hari Valentine merupakan perayaan yang dikaitkan dengan bukan Islam. Bahkan di dalam sebahagian tulisan, dinyatakan bahawa ia merupakan satu bid’ah yang direka-reka di dalam agama Kristian. Di dalam sumber yang lain dinyatakan bahawa ia berasal daripada kaum Roman kuno, dan ditiru oleh kaum Kristian. Pokoknya di sini, perayaan ini adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia adalah satu bid’ah yang direka cipta di dalam ajaran Kristian. 

Sedangkan meniru identiti Ahlul Kitab dilarang, inikan pula meniru bid’ah yang direka-reka di dalam agama mereka. Bahkan, jika ia bukan merupakan perayaan bukan Islam sekalipun, kita tetap dilarang menyambutnya, kerana ia merupakan satu hari yang terbina berasaskan maksiat kepada Allah, iaitu hubungan terlarang antara insan yang tidak halal. Kita bukan hanya dilarang meniru bukan Islam, bahkan kita dilarang meniru identiti ahli maksiat.

Dalil tentang hal ini sangat banyak, antaranya;

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka” [HR Abu Daud no: 4031, Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abi Daud]

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir, hatta di dalam bab keduniaan sekalipun.

Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebutkan:

Terdapat kesepakatan (ijma’) tentang haramnya hukum meniru orang kafir di dalam perayaan mereka ketika zaman Sahabat radiallahu anhum ajmai’n [Iqtidha al-Sirat al-Mustaqim 1/454]. Anak murid beliau, al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah menyatakan bahawa terdapat ijma’ para ulama’ di dalam isu ini [Ahkam Ahl az-Zimmah 2/722-725].

Kedua: Objektif perayaan ini adalah untuk menyuburkan rasa cinta termasuk dengan orang bukan Islam. Ini jelas-jelas bertentangan dengan ajaran islam. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka” [al-Mujadilah 58:22].

Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Allah menyatakan kepada kita bahawa tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka adalah bukan orang yang beriman. Meniru-niru mereka adalah salah satu bentuk cinta, maka ia adalah terlarang.” [al-Iqtidha’ 1/490]

Ketiga: Cinta yang dipromosi melalui hari Valentine adalah cinta kepada bukan mahram. Ia adalah satu salah satu jalan yang mendekatkan kita kepada zina. Kita dapat lihat bagaimana pada 14 Februari, pasangan bukan mahram akan asyik berdua-duaan, keluar bersama, merayakan bersama-sama di restoran-restoran, hotel-hotel. Kesemua ini dilakukan atas alasan untuk menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan itu hanya layak dilakukan seorang suami atau isteri kepada pasangannya yang halal sahaja, bukan kepada mereka yang bukan mahram.

Allah Subhanahu Wa Taala secara jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal-hal yang mendekatkan kita kepada zina. Firmannya“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk” [Al Isra’ 17: 32].

Tanggungjawab Muslim

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan di atas, terdapat beberapa kewajipan yang perlu dimainkan oleh umat Islam di dalam isu ini:

Pertama: Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya, atau menyertai orang lain di dalam sambutan tersebut sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.

Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: Seandainya orang-orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka di dalam agama ataupun arah kiblat solat” [Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis]

Kedua: Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

“Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan” [al-Maidah 5:2].

Ketiga: Seorang Muslim hendaklah mengingatkan saudara seIslam yang lain tentang larangan menyambut hari Valentine. Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:

“Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka di dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya” [al-Iqtidha 2/519-520].

Peringatan: Kita bersama orang-orang yang kita cintai

Merayakan hari Valentine, merupakan satu bentuk pengagungan ke atas lagenda cinta yang dikaitkan dengan hari tersebut. Sudah jelas kepada kita latar belakang sejarahnya, walau dari versi mana sekalipun, adalah berasal daripada orang bukan Islam.

Di dalam sebuah hadis, Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu menyatakan:

“Kami tidaklah pernah merasa gembira sebagaimana rasa gembira kami ketika mendengar sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai”

Anas Radiallahu ‘Anhu pun menyatakan:

“Maka aku mencintai Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, Abu Bakar, dan Umar. Aku berharap untuk bersama dengan mereka kerana cintaku pada mereka, walaupun aku tidak mampu beramal seperti amalan mereka” [Sahih al-Bukhari no: 3688]



Sumber : Klik Sini

GAZA - Anwar Akhirnya Iktiraf Usaha Najib


AIDCNews – 01/02/13 – Daripada mengkritik kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza minggu lalu, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah nada dengan “memuji” pula usaha Perdana Menteri untuk memulihkan keamanan di Gaza, lapor Sinar Harian.
Minggu lalu Anwar mengkritik lawatan Najib ke Gaza sebagai gimik politik untuk membeli undi Melayu.
Namun, hari ini, Anwar mengubah nada kritikan itu dengan pujian selepas menerima kunjungan anggota Kabinet Hamas, Walid Amudi di ibu pejabat PKR pagi tadi.
“Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak, walaupun baru kali pertama beliau ke sana,” kata Anwar.

Walid berkata pihaknya amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak memberikan bantuan untuk membela umat Islam Palestin.
“Kami yakin seluruh umat Islam akan membebasan Masjid Al-Aqsa. Semoga Allah terus mencurahkan barakah kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.





Selain itu, beliau turut memuji Anwar di atas perhatiannya terhadap isu Gaza.
“Anwar adalah seorang tokoh terkenal terutamanya dalam ‘memantau begitu rapi’ pembinaan semula masjid di Gaza,” katanya, pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan PKR.
Pada majlis itu, Anwar juga turut menyerahkan replika cek bernilai AS$700,000 kepada Walid bagi tujuan pembinaan Masjid an-Nour al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Laman keadilandaily.com menjelaskan sumbangan bernilai AS$700,000 (RM2.175 juta) adalah sumbangan Aqsa Syarif, sebuah NGO yang memperjuang hak rakyat Palestin.
Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan penyerahan sumbangan itu.
Terdahulu, Najib terpaksa mengakhiri lawatannya di Gaza, tanpa ke Tebing Barat kerana rejim Tel Aviv enggan memberi persetujuan untuk pesawat rombongan Malaysia menggunakan ruang udara berkenaan.
Huhuhu..... Banyaknya RM2.175 juta tu....

Penjawat Awam Di Penjara dan Denda RM88,000


KUCHING - Seorang bekas penolong pegawai tadbir dihukum penjara 22 hari dan denda berjumlah RM88,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini terhadap 22 pertuduhan memalsukan baucar pembayaran, empat tahun lepas.

   
Tertuduh, Sawiya Salim, 30, seorang penjawat pejabat Filem Negara Malaysia di sini, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
   
Sawiya didakwa memalsukan 22 baucar pembayaran berjumlah RM85,350 bertarikh 17 November 2008 hingga 1 Julai 2009 untuk perkhidmatan bekalan yang tidak wujud dan memasukkan akaun penerima bayaran ke akaun peribadinya.
   
Ahmad Azhari menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar denda bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.
   
Bagaimanapun, Ahmad Azhari membenarkan tempoh hukuman penjara bagi setiap pertuduhan berjalan serentak berkuatkuasa hari ini.
   
Tertuduh didakwa telah mengeluarkan baucar-baucar palsu dengan meletakkan nilai pembayaran antara RM450 hingga RM9,000.
   
Semasa memohon hukuman ringan, peguam bela Fabian Sigar, yang mewakili Sawiya, berkata anak guamnya itu telah insaf dan menyesali perbuatannya dan kini telahpun berhenti kerja ekoran kes tersebut.
   
Beliau memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas tertuduh bagi membolehkannya memulakan kehidupan baru.
   
Sementara itu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Othman Anyan, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran. - Bernama


Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah. 


Sabdanya yang bermaksud : Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. 


Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.

Riwayat Bukhari dan Muslim


Huraian Hadith: 


Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri. Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian. Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian. 


Namun pada masa kini, amanah seakan hilang. Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta. Justeru sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan mantap.

7,531 Bilik Gerakan (PDM) Mula Beroperasi Seluruh Negara

Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.

"Paling penting mereka melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar,"  katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan mesra penerangan ke PDM Kampung Morten, Melaka hari ini.

Beliau berkata PDM untuk pilihan raya umum ke-13 dibuka lebih awal, berbeza sebelum ini apabila ia hanya dibuka selepas pembubaran Dewan Rakyat.  

Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata semua PDM BN mesti dihias dengan bendera BN dan terpulang kepada ketua PDM untuk menentukan waktu operasi sama ada perlu menjangkau sehingga malam.

Beliau berkata bilik gerakan PDM boleh meneruskan pelaksanaan kerja-kerja jalinan rakyat dengan melakukan ceramah kecil-kecilan secara berkelompok, mengadakan lawatan ke rumah-rumah dan aktiviti-aktiviti tertentu.


Ditanya sama ada tindakan akan diambil jika ada PDM yang tidak dibuka, beliau berkata: "Kerja-kerja parti ini secara sukarela, kita memujuk dan mengarah dan saya pasti arahan untuk membuka PDM akan dipatuhi".


    

Bernama


BB : Harap Peristiwa Baru-Baru Ini Di Johor Tidak Berlaku.....Perjuangan Parti Diutamakan

Hebat!!! Malaysia Negara Maju 2 Tahun Awal Dari Sasaran


Malaysia tidak perlu menunggu sehingga 2020 untuk diiktiraf sebagai Negara Maju, sebaliknya ia boleh dicapai menjelang 2018 berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik.

   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sehingga tahun lepas, negara telah mencapai KDNK antara 5.0 peratus hingga 5.3 peratus setiap tahun.
   
"Dulu, kita sasar pada 2020 baru boleh capai negara maju, tetapi hasil usaha kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN), kita berjaya mencapainya lebih awal.
   
"Selain itu, berdasarkan pertumbuhan KDNK setiap tahun yang baik, saya yakin kita boleh capai negara maju pada 2018. Pendapatan per kapita negara juga semakin meningkat setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
   
Sementara itu, Nor Mohamed, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, hanya kerajaan pimpinan BN mampu membawa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan ia terbukti sekarang ini.
   
Nor Mohamed berkata, BN merancang dengan visi dan misi agar negara berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan, terutama melibatkan pertumbuhan ekonomi negara demi kepentingan rakyat.
   
"Ia memang terbukti hanya BN mampu membawa perubahan kepada negara. Sebagai contoh, pada tahun 70'an, ramai rakyat kita miskin tegar, tetapi hasil usaha kerajaan, hanya sedikit sahaja yang masih miskin.
   
"Dulu, pembangkang kata mereka tiada kerajaan untuk buktikan mereka juga boleh membawa pembangunan, tetapi bila ada kerajaan negeri sekarang ini, masih gagal membawa perubahan dan itu memang terbukti mereka tidak  berjaya," katanya. Foto : Planet Travels Tours

- KL Pos

Khalid Bidas Anwar dan Ambiga Dalam Diam, Gara-Gara .......


Gara-gara mainan Azmin, Khalid Ibrahim akhirnya "meluahkan" ketidakpuasan hatinya kepada media. Khabar angin bahawa Azmin Ali bakal dilantik MB Selangor sekiranya PR mengekalkan kemenangan di Selangor kini bertukar menjadi "realiti". 
Khalid sebenarnya dilihat sebagai liabiliti dalam Pakatan. Imej dan populariti MB Selangor itu semakin hari semakin menjunam bukan sahaja di kalangan rakyat Selangor,  tetapi juga di kalangan PR Selangor. Khalid diibarat "telur tembelang" yang hanya menunggu masa untuk pecah!! Sudah pasti busuknya bau telur tembelang ini bukan sahaja akan dihidu oleh Khalid sendiri, tetapi juga oleh PR.
Melihat kepada senario ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.
Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.
Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.
“Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih,” katanya kepada Sinar Harian, Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.
“Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.
“Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang,” katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun, Noh berkata, itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.
“Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini menunjukkan pakatan pembangkang sdebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara,” katannya.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.

Kenapa Nik Aziz Juga Di Anggap Zalim???


PASIR PUTEH, 1 Feb  - Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, membidas kenyataan Datuk Seri Nik Aziz yang mendakwa menteri yang tidak tunaikan amanah akan masuk neraka, yang secara sinis ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu royalti seumpama pepatah menepuk dulang terpercik ke muka sendiri.
Menurut beliau, tidak sepatutnya Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana isu syurga dan neraka bukanlah hak manusia untuk menilai tetapi syurga dan neraka itu adalah hak Allah swt semata-mata.
“Dalam isu royalti minyak ini, ia merupakan isu  bukanlah Datuk Seri Najib menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Wang royalti minyak itu jelas digunakan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Lainlah kalau PM kita gunakan untuk kepentingan peribadinya.
“Saya nak tanyabeliau  pula, bagaimana dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar Kelantan? Apakah beliau sebagai seorang pemimpin sudah menunaikan tanggungjawab beliau terhadap rakyat Kelantan? Beliau juga dilihat gagal dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya, jelas hari ini  beberapa isu asas hak rakyat Kelantan seperti isu air pun masih tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Sudah hampir 23 tahun Pas memerintah, namun perkara asasi seperti  air bersih pun mereka tidak dapat bekalkan kepada rakyat di negeri ini,.
“Itu belum lagi kita ungkit tentang tujuh janji kerajaan Pas kepada rakyat Kelantan yang  kini hanya tinggal janji. Begitu juga soal pembangunan, soal pekerjaan dan sebagainya. Bukankah beliau sendiri tidak tunaikan amanah yang diberikan Allah kepadanya sebagai seorang pemimpin?
“Maknanya beliau sendiri menzalimi rakyat Kelantan. Kalau beliau tidak menzalimi rakyat di Kelantan, takkankanlah beliau dikejar oleh penduduk di Gua Musang disebabkan isu tanah penduduk yang dirampas oleh kerajaan negeri.Tapi Menteri Besar tak rasa beliau menzalimi rakyat Kelantan.   Sebab itu saya katakan, kenyataannya itu bak kata pepatah menepuk dulang terpecik air ke muka sendiri,” tegasnya.
Katanya lagi, terlalu banyak kenyataan dari kepimpinan Pas yang sebenarnya khususnya soal agama yang telah membuatkan rakyat di negara ini menjadi keliru dan berpecah belah.
“Sebenarnya kepimpinan Pas telah banyak mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang amat-amat bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam sebenar. Amanat Haji Hadi, isu syurga dan neraka telah menyebabkan perpecahan yang amat serius berlaku di kalangan umat Islam di negara ini.
“Kalau Pas bagi duit, itu dikatakannya sedekah. Tetapi kalau UMNO bagi duit, itu dikatakannya rasuah. Apa semua ini?  Kalau wayang kulit, bola sepak dikir barat, cara Islam. Pas buat semuanya ikut Islam, tapi UMNO buat tidak ikut  Islam. Apa UMNO bukan parti Islamkah? Jelas nampak ada diskrimasi di situ.
“Saya cabar Datuk Nik Aziz, buat satu kenyataan secara jelas, bukan secara sinis, katakan bahawa ahli UMNO ini kafir. Jangan sindir-sindir. Jangan buat kenyataan sinis. Nyatakan terang-terang, bahawa ahli UMNO, penyokong UMNO ini kafir dan tidak ikut Islam. Bawa dalil hujah dari Quran dan Sunnah. Jangan sampai kafir ini berbalik kepada orang yang mengkafirkan nanti,” ujarnya.

CALON MELAYU ISLAM - YB PAS Tarik "Handbrake", Boleh Undi Kafir!!!

Hadoiiii...... Selepas 55 Tahun Merdeka baru PAS nak sedar ker?? BN dah lama dah tau la!!!! Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut  pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.




Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang,” katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.


PAS - Parti Amalan Sesumpah

Dulu kata orang Melayu Islam WAJIB undi Orang Islam, Tapi sekarang boleh plak!!!! Maknanya, Dari dulu lagi UMNO dan Barisan Nasional dah lama mendahului PAS dalam perkara ini. Selepas 55 Tahun, baru PAS nak sedar boleh UNDI Calon Bukan Melayu ISLAM selagi mereka menyokong Kerajaan Yang Mengamalkan Konsep Islam.


Ini tidak diambilkira "FATWA" mengundi calon BN yang bukan Melayu ISLAM akan masuk NERAKA. Sekarang, ramai ahli PAS akan masuk NERAKA???


BB : PAS - Parti Amalan Sesumpah!!!!!


VIDEO - Panasssss..... Muhyiddin Di Halang Anak Muda Jejak Bumi Pasir Puteh Petanda BN Tumbang Di Kelantan!!!!

Kecoh!!! Benar-benar kecoh Beb!!! Jalan Raya dipenuhi kereta dan motor yang majoritinya anak muda. Muhyiddin selaku orang No 2 Negara ternyata terpaku seketika melihatkan "fenomena" di Pasir Puteh ni. Sungguh tidak disangka-sangka!!!!!





Kredit : AMBO PAKOH BN




BB : Telah lebih 20 tahun BN bermimpi mentadbir Kelantan, Adakah ini Petunjuk bahwa mimpi ini bakal menjadi realiti pada PRU13 nanti???

PLAYBOY - Bekas Model Majalah Peluk ISLAM

Alhamdulillah.... Akhirnya telah dibukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam. Apakah yang membuatkan bekas "MODEL GHAIRAH" ini bertindak sedemikian? Sama-sama kita ikuti perkongsian beliau dalam video ini.






Part 1






 

Part 2

Facebook Punca 2 Beradik Di Penjara 16 Tahun

ALOR SETAR – Dua beradik lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 16 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka gara-gara pergaduhan melalui laman sosial Facebook pada dua tahun lalu.

Mohamad Razif Arshad, 27, dan adiknya, Mohamad Rafik, 22, mengaku bersalah atas tuduhan itu selepas pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.



Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 29 Julai 2011.

Razif dan Rafik mengaku bersalah menyebabkan kematian Mohd. Amran Ramli, 20, di persimpangan Jalan Lobak 15, Taman Lobak Indah, Lunas di Kulim dekat sini pada pukul 8.30 malam 29 Julai 2011. – Kosmo
 
 
BB : Gunalah kemajuan dan teknologi sebaik-baiknya

KENAPA ANAK MUDA PERLU LIHAT VIDEO INI




Mahfuz????? Atau Mampus!!! Abu Nawaz Atau Abu Lawas??? PKO Atau TKO? Fendi Tazkirah Atau Fendi Piirah???? Hahaha........ Cukup mudah bagi mereka-mereka ini dipergunakan dan dipermainkan. Konon memperjuangkan kebenaran berteraskan Islam. Tapi kebenaran apakah yang diperjuangkan kalau sekadar menabur fitnah yang diberikan oleh "SUMBER DALAM"???? Sumber yang tidak berpuas hati dan tertekan. Hahaha...........


OOOOO..... ok, ambe pun nak ke ghoyak sikit kat 2-3 "OTAI" blog ni supaya jangan hilangkan "KEHORMATAN" ambe kepada "KREDIBILITI" demo semua. Pastikan kesahihan info yang diterima sebelum dipostkan  di blog demo semua. Bayangkan DOSA Fitnah yang ditanggung akibat penyebaran  maklumat TIDAK BENAR dan TIDAK TEPAT dari demo semua. Sampai ke mati tu......






Kembali kepada tajuk artikel ini, serba sedikit video ini menerangkan kejayaan serta pencapaian KBS sepanjang 2011 yang sedikit sebanyak menyanggah tohmahan daripada Mahfuz itu dan pihak-pihak lain. Video ini sebenarnya BB dapat dari Group FB. Serba-sedikit BB dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KBS untuk orang muda. Banyak juga program-program hebat yang berskala besar yang BB sendiri tidak tahu. Rupa-rupanya selain sukan, KBS juga mempunyai pelbagai program untuk golongan belia.


Himpunan Sejuta Belia, Program Futsal terbesar, Kedatangan Kumpulan K-Pop Super Junior menangkis dakwaan yang BB dengar selama ini bahawa KBS hanya memberikan fokus kepada aktiviti sukan semata-mata.


Dan kalau KBS tidak dekat di hati rakyat khususnya golongan muda, masakan hampir 15 ribu orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya
.

 Antara lain pencapaian KBS yang dinyatakan dalam video ini ialah :
  1. Memperoleh Pengurusan ISO 9001:2008
  2. Ketiga Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan
  3. 100% Bayaran Sempurna
  4. Anugerah Aspirasi e-Perolehan
  5. Anugerah Kecemerlangan Kewangan Berdasarkan Akauntabiliti
  6. Dan banyak lagi

Semoga apa yang diucap oleh Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek di awal video ini dapat dibuktikan. "Perkhidmatan yang terbaik akan memberikan hasil yang baik". Cuma persoalan adakah "branding" KBS ini telah diterima dan sampai ke seluruh nadi golongan belia di negara kita?


Portal Rasmi KBS


Kejayaan yang dicapai ini bukannya datang bergolek, tetapi berkat usaha dan kegigihan warga KBS yang komited  dalam melaksanakan tugas mereka.  Dan kalau benar berlakunya penyelewengan seperti yang dikata, tidak akan dicapai kejayaan-kejayaan dan pengiktirafan seperti yang diterima.





Info Terkini : Khabarnya "Sumber Dalam" telah dikenalpasti hasil daripada pertemuan "4 mata"


BB : Tak sabar menunggu "PENDEDAHAN" daripada KBS.....

Berita Gembira Buat 1.4 Juta Penjawat Awam??


KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

   
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.
   
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

   



"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.
   
Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
   
Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.
   
Beliau berkata, melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.
   
Timbalan Perdana Menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.
   
"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
   
Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.
   
Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.
   
Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.
   
Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.
   
"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.
   
Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi.  - Bernama


Cepat... Cepat!!!!! Borang Lesen 1 Malaysia (BL1M) Mula Diedarkan


Tunggu apa lagi?? 50% potongan yuran tu..... Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai pada Khamis.
Pengerusi Eksekutif MYEG Services Berhad, Datuk Norraesah Mohamad berkata borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.
Manakala yuran sebanyak RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.
“Bayaran dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan pada bila-bila masa dalam program BL1M ini,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.
Program BL1M di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda Barisan Nasional dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sempena program Himpunan Orang Muda di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.
Dalam pada itu, Norraesah mengingatkan orang ramai bahawa BL1M, Pemuda BN dan MYEG tidak pernah melantik mana-mana ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran bagi pihak BL1M, sama ada dari pintu ke pintu mahupun di tempat awam.
Menurutnya, MYEG merupakan satu-satunya agensi yang dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program itu.
Yakin program itu akan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya secara am, Norraesah berkata sambutan menggalakkan yang diterima secara talian oleh MYEG sejak ia diumumkan pertengahan bulan ini, menunjukkan bahawa orang ramai memandang positif terhadap manfaat program itu.
Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.
Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana institut memandu yang mahu menyertai program BL1M perlu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu dan memenuhi kriteria tertentu serta menjalani sistem pembidaan terbuka.
Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.

Krisis Air Selangor, Menteri Bidas Sikap Kerajaan Negeri


PUTRAJAYA, 31 Jan – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini membidas kerajaan Selangor yang dilihat lebih berminat mempolitikkan isu bekalan air daripada membantu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelesaikan masalah berkaitan bekalan air.
Menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata tindakan Selangor membuat pengumuman mengenai punca gangguan bekalan air baru-baru ini adalah tidak wajar dan membelakangkan badan kawal selia perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya menyerahkan tanggungjawab membuat siasatan mengenai punca sebenar kejadian kepada SPAN, dan menumpukan perhatian bagi membantu Syabas, yang 30 peratus dimiliki kerajaan negeri.
“Kerajaan persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan Syabas melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.
Katanya kerajaan pusat juga mengarahkan Syabas melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa hadapan, kerana kerja pembinaan rumah pam baru oleh kerajaan negeri menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan hanya akan siap pada tahun 2015.
Peter Chin berkata kerajaan pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.
“Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya,” katanya.
Menurutnya situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi kerajaan pusat ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa ganguan.
“Oleh itu saya serahkan kepada rakyat utnuk menilai sama ada kerajaan negeri Selangor benar-benar serius untuk menyelesaikan masalah rakyat atau lebih berminat untuk mempolitikkan isu air ini dengan mengaitkan masalah ini dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor,” katanya.

Selangor Abai "4P", Anak Muda Kecewa


Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) hari ini mengakui anak muda di negeri Selangor berhadapan dengan masalah janji “manifesto” kerajaan pakatan Selangor di bawah pimpinan DAP, PKR dan Pas.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, masalah ini dikenali sebagai 4P iaitu perumahan, pekerjaan, pendidikan dan perniagaan.
“P yang pertama, ialah tiada perumahan disediakan untuk anak muda di Selangor terutamanya rumah kos rendah seperti yang dijanjikan manakala P berikutnya, kebanyakan anak muda di Selangor masih menganggur dan terpaksa pulang ke kampung kerana ketiadaan peluang pekerjaan di sini.
“P seterusnya ialah pendidikan di mana dua buah institusi pendidikan penting di Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) tidak ditadbir dengan sempurna dan kredibilitinya diragui.  Akhir sekali P keempat iaitu perniagaan, bantuan dan inisiatif perniagaan kepada belia dan wanita muda seperti yang dijanjikan seperti di dalam manifesti PRU12 yang lalu, tidak dilaksanakan,” ujarnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, anak muda di negeri Selangor merasa tertipu dan kecewa kerana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa `manifesto’ PRU12 yang lalu sebenarnya bukanlah satu janji.
“Tentunya bukan sedikit anak muda yang terpedaya dan tertipu dengan manifesto kosong yang bersifat janji manis ketika PRU yang lalu.
“Hari ini, anak muda di Selangor bangkit dan bertekad dengan mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat bagi mendapatkan pandangan mereka dan berkongsi masalah yang dihadapi selain mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah tersebut,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Sehubungan dengan itu, tegas beliau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor juga akan bergerak ke seluruh negeri Selangor untuk tujuan tersebut.
“Kita akan bergerak bersama Majlis Belia Selangor yang mempunyai 28 badan gabungan serta 9 buah Majlis Belia Daerah dalam masa dua minggu mendekati orang muda di akar umbi dan hasil dari cadangan mereka akan dikumpulkan dan bakal dibentangkan kepada Barisan Nasional negeri Selangor sebagai cadangan manifesto pada PRU13 nanti,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Phuiyooo!!!! Kedah Bakal Lahirkan "Valentino Rossi" Malaysia


Vrooommm.... Vroommmm... Vroommmm....... Kedah bakal mempunyai sebuah litar lumba, phuiyooo!!!. Khairul Fahmi? Syahrul Yuzy? Hmmm.... Sapa? Sapa? Sapa? Adakah Kedah bakal melahirkan pelumba motorsikal terkemuka dunia? Semuanya bakal terjawab tidak lama lagi.
Pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) khusus untuk negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri sedia ada pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk orang muda tetapi sudah hampir lima tahun memerintah, litar itu masih belum dibina.
"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang,” katanya pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.
Beliau berkata, ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus praperkahwinan.
"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti,” katanya. 
Ha... Perkahwinan pertama sahaja tau, Bukan yang kedua atau ketiga noo.... Hangpa bakal dapat bantuan macam ni punya baguih... Syukur......syukur..... Alhamdulillah.
Tapi semuanya ni kalau hangpa pi keluaq pangkah Barisan Nasional ja tau.... Pangkah bulan aku tak tau la apa yang hangpa akan dapat.....