KUCHING - Seorang bekas penolong pegawai tadbir dihukum penjara 22 hari dan denda berjumlah RM88,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini terhadap 22 pertuduhan memalsukan baucar pembayaran, empat tahun lepas.
Tertuduh, Sawiya Salim, 30, seorang penjawat pejabat Filem Negara Malaysia di sini, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Sawiya didakwa memalsukan 22 baucar pembayaran berjumlah RM85,350 bertarikh 17 November 2008 hingga 1 Julai 2009 untuk perkhidmatan bekalan yang tidak wujud dan memasukkan akaun penerima bayaran ke akaun peribadinya.
Ahmad Azhari menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar denda bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Ahmad Azhari membenarkan tempoh hukuman penjara bagi setiap pertuduhan berjalan serentak berkuatkuasa hari ini.
Tertuduh didakwa telah mengeluarkan baucar-baucar palsu dengan meletakkan nilai pembayaran antara RM450 hingga RM9,000.
Semasa memohon hukuman ringan, peguam bela Fabian Sigar, yang mewakili Sawiya, berkata anak guamnya itu telah insaf dan menyesali perbuatannya dan kini telahpun berhenti kerja ekoran kes tersebut.
Beliau memohon supaya hukuman penjara tidak dikenakan ke atas tertuduh bagi membolehkannya memulakan kehidupan baru.
Sementara itu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Othman Anyan, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran. - Bernama
Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah.
Sabdanya yang bermaksud : Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi.
Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.

Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri. Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian. Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian.
Namun pada masa kini, amanah seakan hilang. Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta. Justeru sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan mantap.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....