KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang.
Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya, Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.
Gambar Hiasan
"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.
Zuraidah berpisah dengan suaminya berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun.
Zuraidah, 31, berkata, abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.
Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Khairi Ahrasa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....