TEMBAK MATI!!! Jadi Sasaran Gengster Selepas Terselamat 5 Bulan Lalu!!

Seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunong, Tasek Mutiara di sini malam tadi. 

Sebelum ini, M.Parttippan, 29, pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan. 





Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pada 9 malam itu, mangsa dihampiri sebuah Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Beliau berkata polis menemui enam kelongsong peluru di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati suspek yang sama menembak mangsa ketika kejadian pertama lima bulan lepas.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek terbabit iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan usaha mengesannya sedang dijalankan. Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek juga didapati tinggal di kawasan sekitar ini," kata Mazlan.

Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu bermotifkan dadah dan balas dendam. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat. Berdasarkan rekod kita, mangsa mempunyai empat rekod jenayah termasuk satu kes berkaitan dadah," katanya.


Beliau berkata suspek dipercayai menggunakan pistol jenis semi automatic ketika menembak mangsanya.


Dalam kejadian pada 20 Jun lalu, Parttipan cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian kira-kira 200 meter dari tempat kejadian malam tadi. Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang itu terselamat walaupun peluru menembusi badannya. - BERNAMA

2 ulasan:

  1. Kurang lagi satu gengster kat Tanah Melayu ni. lagi banyak kes tembak sesama sendiri lagi bagus tak payah polis susah2 buat kerja, duit gomen pun xhabis

    BalasPadam
  2. biarkan para samseng itu berbunuhan sesama sendiri , dunia samseng memang gitulah adatnya , sapa suruh jadi samseng ? kan dah mati !

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....