KULAIJAYA - Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati selepas mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, tiga kes dicatat pada bulan ini melibatkan kes samun di luar premis bank sekitar bandar raya ini dengan kerugian RM80,000.
Menurutnya, hasil laporan polis, suspek dikatakan mengetahui di mana wang terbabit diletakkan di dalam kenderaan sebelum disamun.
“Baru-baru ini, kes melibatkan warga Tionghoa yang mengeluarkan wang dari bank kemudiannya tingkap kenderaan dipecahkan sementara wang dilarikan penjenayah.
“Masyarakat perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa serta jangan keluarkan wang ketika berseorangan,” katanya pada sidang media selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kulaijaya, semalam.
Hasnan berkata, polis juga akan memastikan masyarakat selamat ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada hujung Januari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 172 laporan dibuat pelbagai pihak yang membantah perhimpunan menggulingkan kerajaan dijangka berlangsung di ibu negara, hari ini.
“Polis akan bertindak di atas setiap aduan yang diterima dan diserahkan kepada polis Bukit Aman. Setakat ini, kita tidak terima maklumat perhimpunan diadakan di Johor.
“Polis sentiasa bersedia untuk bertindak mengikut lunas perundangan negara kerana perhimpunan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat,” katanya.
- SINAR ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....