CURI WANG MASJID : Remaja Dibelasah Sampai Mati!!!


Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.





Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- SUMBER

11 ulasan:

  1. Ya allah, apa nak jadi masyarakat sekarang ni, negara kita ada undang2, nak belasah pun sekadar pengajaran cukuplah, bukan ikut hati nak tunjuk hero/kuat belasah dan buat undang-undang sampai ke tahap mcm tu, dalam masjid dan dilakukan oleh orang masjid pula, godaan Allah swt sebesar tu dah hilangkan pertimbangan dan keimanan. Biar pihak yang arif kendalikan undang-undang, Entahlah..makin tak faham situasi sebahagian masyarakat hari ini...

    BalasPadam
  2. tak pasal pasal dituduh membunuh . sekarang tanggung sendiri bahana drp tindakan undang undang di tangan sendiri. Kalau sabit kesalahan paling kurang 10 tahun disebalik tirai besi..

    kata bijak pandai "fikir itu pelita hati " .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesalahan Bunuh hukumnya bunuh balik dalam kanun keseksaan. Mana da penjara2 ni dik oi..

      Padam
  3. Kerana keterlaluan nak 'menghukum', dah dapat tempat di neraka kerana membunuh tanpa hak.

    Jangan lupa bahagian ni:
    >dua lelaki warga asing

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue...celah mana plak warga asing masuk dlm kelompok tempatan dan bertindak mcm negara diaorg sendiri lak..

      Padam
  4. ala curi je bukan nya membunuh...penduduk pun kena ada perasaan..apa perasaan mereka yang memukul tu kalau terjadi kat anak sendiri...mati tau bukan cedera ..sedih betul lah ikut lah undang-undang setakat nak pukul tu ok la gak ni pukul sampai mati macam la yang pukul tu tak pernah buat salah cuma berbeza je kesalahan yang dilakukan...harap2 cpat la dapat tangkap PEMBUNUH remaja ini...al-fatihah

    BalasPadam
  5. Kalau ye pn jgn la pukul smpa mati...serahkn kpd pihak berkuasa..jgn nk pandai2 buat undang2 sndiri...kn dh kene pdh n bahana...dlm masjid pulak tu...malu nyer...1 dunia tau kes ni...Ya Allah...ampunknlh dosa hambamu yg bersalah itu..amin

    BalasPadam
  6. Penjara saja seumur hidup.....itu lagi warga asing ..gantung saja sampai mati,,,,masuk negara orang tunjuk hero...

    BalasPadam
  7. Kejam dan tidak berperikemanusiaan, tidak patut mangsa diperlaku kan seperti sedemikan rupa mangsa pulak dipukul di dalam masjid. Masjid adalah rumah Allah dan tempat suci untuk beribadat...bukannya tempat menjadi hukuman bagi penjanayah yang belum pasti. Dalam islam ada teloransi dan mangsa yang mencuri pasti ada sebabnya kenapa dia perlu mencuri. Tapi sayang, masyarakat islam sekarang lebih utamakan prasangka dan suka membuat keputusan mengikut perasaan. Selepas kematian si pencuri, siapa yang lebih kejam. Pencuri wang di dalam masjid atau pembunuh di dalam masjid

    BalasPadam
  8. Pengajaran kepada kita juga. Negara ada undang-undang dan kita ada keluarga, kesilapan yang begini perlu dielakkan.

    BalasPadam
  9. Mana satu dosa besar?? MENCURI ATAU MEMBUNUH?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....