Tidak memakai tali pinggang keledar adalah satu kesalahan yang boleh dikatakan, semua orang tahu.
Malah jangan kata di Malaysia, kebanyakan negara di dunia pun mewajibkan pemandu kenderaan memakai tali pinggang keledar apabila memandu.
Justeru apabila seorang pemandu Malaysia mempertikaikan tindakan seorang anggota polis menyamannya atas kesalahan tersebut, siapa harus disalahkan?
Dalam video di bawah, seorang pengguna jalan raya begitu marah apabila saman dikeluarkan hingga tak henti-henti menyuruh anggota polis menerangkan kesalahannya sedangkan sudah diberitahu dia tidak memakai tali pinggang keledar.
Apabila dia lebih sibuk mempersoalkan saman tersebut sambil merakam menggunakan telefon bimbit, anggota polis terlibat malas hendak melayan kerenahnya lalu meninggalkan sahaja kertas saman di tempat duduk penumpang.
Tindakan itu nyata tambah menyakitkan hati pemandu yang disaman lalu dia turun dari kereta dan merakam nombor anggota polis berkenaan.
Tindakannya itu disambut dengan senyuman mesra anggota tersebut yang terus menunjukkan nombor anggotanya sekaligus menunjukkan kesabarannya yang tinggi.
Persoalannya di sini, apa yang hendak dibuktikan oleh pemandu yang merakam lalu memuatnaik video ini di laman sosial sedangkan dia hanya mempamerkan sikap bodoh sombong, baran dan keras kepalanya?
Apa pun, tahniah diucapkan kepada anggota polis terlibat yang begitu sabar berdepan dengan pemandu semacam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....