SIASAT SEGERA!! Dakwaan Polis Disogok Kes Pengawal Tembak Pegawai Bank!!



Laman blog yang menyiarkan keratan Facebook rakan suspek yang mendakwa bayar suapan RM100 sebulan kepada polis.


SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu. 

Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.

"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.


BB : Merasakan seolah-olah ada "GERAKAN" terancang bagi kes melibatkan pengawal keselamatan ini yang kononnya berasal atau menggunakan IC Sabah.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Mohon jasa baik tuan, pautkan blog saya di sini.
    Blog tuan telah dipautkan di blog saya. Terima kasih.
    http://miazarraannur.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. memang ada polis yg buat macam ni. kat tempat saya ni, org indo meniaga di kepala simpang, yg jaga dia polis. bulan puasa pun meniaga di siang hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 la tuduhan tanpa bukti dr ko ni bw masok court rsnya blh menang nnih..kalo tau ,nampak prbuatan rasuah tp takde tindakan brmaksud ko pon brsubahat la ....
      bodo la engkau bodo la engkau,sendirila bodo sendiri la bodo!!!

      Padam
  3. Meniaga tu keja majlis perbandaran...bulan puasa tu jbtn agama..kalau xpuas hati,terus salur mklumat je kt jbatan berkenaan..klau bnyi dlm ni mmg smpi bla pon xda tindakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong... bunyi mcm polis je yg jahat kn????

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....