Saya menulis atas dasar semangat nasionalisme, atas semangat cintakan negara. Dan anak cucu kita berhak mendiami negara yang aman. Dan proses pengamanan negara adalah proses yang berterusan dan memerlukan kesinambungan. Dan proses ini perlu bermula dari sekarang!!
Kebijaksanaan warganegara secara tipikalnya diukur oleh masarakat luar melalui kebijaksanaan pemimpin negara. Kalau bodoh (atau buat-buat bodoh) seseorang pemimpin masyarakat, maka bodohlah warganegaranya kerana warganegaralah yang bertanggungjawab memilih pemimpin masyarakat. Kalau pemimpin hari ini menganggap persepsi masyarakat luar tiada impaknya terhadap struktur pentadbiran dan ekonomi negara langsung, tunggulah 20 - 30 tahun lagi.
Pemimpin masa depan terpaksa berdepan sesama sendiri dan terpakasa menerangkan secara jelas yang itu bukan realitinya. Dan pada masa itu, pelabur luar atau pelancong luar sudah hilang selera untuk dilibatkan dengan negara yang masyarakatnya kurang bijak. Kalau kesiankan pemimpin masa depan (mungkin pemimpin sekarang dah selamat masuk kubur masa tu nanti), buatlah sesuatu sekarang!!
Kalau generasi muda disekat penglibatannya dalam arena politik kerana idea mereka adalah terlalu radikal atau terlalu ekstrem atau terlalu bercanggah dengan praktis politik pada zaman kini (yang diadaptasi daripada generasi sebelumnya), kita perlu risau yang negara kita berpontesi untuk mengalami"shocking transaction period" apabila generasi muda mengambil ambil tampuk pemerintahan negara satu hari nanti.
Sebabnya, jika peluang peralihan atau"transition opportunity" tidak dimulakan dari sekarang dan apabila generasi sekarang mengambil alih sistem politik Malaysia, banyak idea yang dulunya disekat oleh generasi sebelumnya akan digunapakai secara terus menerus dan ini berkemungkinan mengejutkan masyarakat atau negara kerana proses ini berlaku secara "radikal" atau mungkin spontan.
Bagi mereka yang melihat politik dari luar, semua atau kebanyakannya menganggap politik itu kotor. Bagi mereka yang berada di sebelah dalam, mereka menganggap setiap tindak tanduk atau langkah yang diambil atas nama politik ada relevannya yang sendiri. Tapi kita perlu tahu, di mana majoriti berada, di dalam atau di luar?
Sekiranya yang di luar tidak dibenarkan berada di dalam kerana terdapat percanggahan idea yang "radikal" atau yang di luar cuma dibenarkan untuk menetap di dalam dengan syarat praktis politik mereka juga hendaklah selaras dengan praktis politik yang sedia ada (yang majoriti menganggap ia kotor), kita khuatiri persepsi ini akan terus melekat dan akan timbul golongan yang langsung tidak mahu ambil peduli atau lebih dirisaukan akan muncul golongan yang ekstrim yang akan cuba membuat perubuhan drastik atas dasar atau cara apa sekalipun (pernah dengar Bersih?).
Saya pasti mereka yang berada di dalam menganggap mereka yang berada di luar itu daif atau naif tetapi pernah terfikir apa yang golongan luar ini mampu lakukan? Kalau cendiakawan dulu menganggap mata pena itu lagi besar bahayanya dari mata pedang, maka itu sebenarnya adalah ramalam untuk zaman kini. Kecuali, mata pena dah tak dipakai lagi, kita gantikan dengan hujung jari yang menaip di facebook, twitter, blog dan media elektronik lain.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini, tiba masanya untuk rombakan dibuat. Tak perlu secara ekstrim, asalkan ruang untuk perubahan ini disediakan secara perlahan-lahan. Generasi masa depan berhak untuk mewarisi negara yang aman, maju dan dikagumi sebagaimana yang diwarisi oleh generasi sekarang daripada generasi yang lepas. Tetapi pengorbanan perlu dimulakan dari sekarang dengan mengenepikan kepentingan peribadi atas dasar kepentingan negara. Kalau ramai yang masih menganggap praktis politik sekarang akan jadi relevan sepanjang zaman, fikirkanlah. Ada sebab mengapa Mesir dan Syria jatuh. Dan sebab ini belum tentu pernah diramalkan oleh pengamal politik terdahulu.
"Kalau ada satu perkara yang amalannya akan relevan sepanjang zaman, perubahanlah jawapannya!"
Biarlah tulisan kali pertama ni menjadi gambaran umum tentang persepsi masyarakat terhadap kewibawaan "negarawan" sekarang. Lain kali kita bincangkan lagi agenda spesifik masyarakat ke arah pengharmonian negara.
- SUMBER
APA KOMEN ANDA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....