GEMPAR!!! Mazidul Akmar BONGKAR Penyerapan PATI Dalam RELA!!





"Kalau melihatkan maklumat dicetak di kad keahlian RELA milik warga Indonesia itu, dia sepatutnya berada di Cheras, Kuala Lumpur," ujar anggota RELA saya temui.




Arshanikum Endeyn, pemegang MyKad palsu ternyata secara mudah mengelirukan pihak berkuasa bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri terbabit tanpa dapat dikesan, klik di sini

Mujur kes ini terbongkar kerana warga Kendari, Sulawesi Tenggara itu mungkin tidak menjangka, berikutan kes rompakan dan pembunuhan pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, identitinya sebagai kenalan facebook pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila, saya dedahkan di blog ini.

Baca di sini.

Facebook Arshanikum saya dapati masih tidak ditutup biarpun tidak aktif.

"Untuk mendaftar menjadi ahli RELA, orang awam perlu membawa Mykad dan 2 keping gambar dan mengisi borang pendaftaran. Sebelum keahlian diluluskan, RELA terlebih dahulu akan memeriksa samada mereka mempunyai rekod jenayah atau tidak. Bagaimanankah caranya? Hubungi pihak polis dan kemudian berikan nombor Mykad. Polis akan memaklumkan samada bakal ahli itu bebas rekod jenayah atau sebaliknya berdasarkan nombor MyKad diberikan melalui talian telefon sahaja tanpa melihat wajah dicetak di atas dokumen itu. Dalam kes ini, polis memeriksa rekod jenayah Hamdan Hamid, penduduk Sabah, bukan rekod Arshanikum," jelas anggota pihak berkuasa.

Nampaknya setakat ini RELA Malaysia masih terus membisu mengenai kes ini biarpun telah saya hubungi 3 hari lalu, memohon penjelasan. Tidak salah berterus-terang dengan masyarakat kerana kehadiran pegawai dan anggota RELA dilihat sebahagian daripada komuniti setempat. 

Berbalik kepada tajuk entri ini, mengapakah pendatang tanpa izin, PATI warga Indonesia tergila-gila benar ingin menjadi anggota RELA? Pertama, mereka berpeluang mengetahui pelbagai maklumat sulit dikongsikan oleh pihak berkuasa. Contohnya, jika terbabit dalam operasi membanteras PATI senegara, pastinya maklumat seperti lokasi serbuan diketahui dan mudah dibocorkan. 

Keempat, PATI terbabit juga berpeluang mendapat bayaran elaun, RM6 sejam berikutan kerja mereka laksanakan.




Pada April 2012, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan pengambilan pegawai dan anggota RELA untuk diserapkan sebagai Polis Simpanan sukarelawan, PVR diberhentikan serta-merta. Jumlah pengambilan PVR, 5,000 orang dikatakan telah mencukupi sekaligus memenuhi kuota ditetapkan, klik di sini.

Tidakkah kita terfikir, jika Arshanikum terbukti mampu membolosi sistem tapisan pengambilan anggota RELA, mungkinkah sebilangan daripada ribuan PVR itu juga berstatus PATI?

Saya memperuntukkan masa, meneliti kenalan Arshanikum. Berikut gambar profil seorang daripada mereka.




Nama digunakan di facebooknya, Jabir Luiz Neymar. Dari aspek bahasa komunikasi hariannya, saya dapat merumuskan, dia juga berasal dari Sulawesi.

Kepada semua pembaca dan pihak berkuasa, klik di sini untuk meneliti informasi dipaparkan di facebook miliknya. 

7 ulasan:

  1. Mereka sudah hntar2 org2 mereka utk dpatkan maklumat dan rahsia negara..jd sgt bhya jika merka di bnarkan bkrja bersama2 polis dan tentra..mgkn kah suatu hri msia akan diserang dgn mudah oleh mereka?mereka umpama telah membuat strategik utk masuk ke kubu lawan dgn mudah krna sgala maklumat tntg lawan dalm tgn mereka.

    BalasPadam
  2. Baguslah. Perbanyakkan lagi pengambilan anggota Rela tanpa tapisan keselamatan yang secukupnya. Sayugia juga diingatkan pengambilan Askar Wataniah pun harus diperketatkan ' Tapisan Keselamatan' nya tanpa mengira mana-mana negeri kerana ' mereka ' berada di mana-mana sekarang. Harap pihak berkuasa ' PANTAU ' apa yang kita telah terlepas pandang sebelum ' Nasi menjadi Bubur '.

    BalasPadam
  3. Sungguh malang kita diperhatikan utara selatan timur dan barat belum lagi masalah domestik.

    BalasPadam
  4. Maka akan bermulanya era baru "Konfrantasi" dalam diam-diam mereka melancarkan infiltrasi dan penetrasi secara diam-diam...Segala keupayaan pertahanan mereka kumpulkan dan bagi memudahkan mereka menyerang, sabotaj dan pelbagai kemungkinan.....Sejarah akan berulang jika kita lalai, lewa dan leka....Maka beringatlah, cegah sebelum parah

    BalasPadam
  5. https://www.facebook.com/jabir.l.neymar?fref=ts

    BalasPadam
  6. Masalah besar...mereka ini mungkin pengintip....rosak2

    BalasPadam
  7. Inilah jadinya klu pemimpin hanya memikirkan kuasa dn kedudukan. Sanggup gadai maruah agama, bangsa dan negara demi mengekalkan kedudukan politik....bila di tanya dan dibuktkan di nafi sekerasnya. Sekarang pembohongan smakin terserlah. Semua yg bertanggung jawap masih diam membisu. Kasihanlah agama bangsa dan negara wahai sang penguasa.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....