GANTUNG SAMPAI MATI!!!! Tiada Pengakuan Direkodkan!!





Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh dengan niat pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib dengan menembak muka mangsa sehingga mendatangkan kematian.

Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.

12 ulasan:

  1. inilah maling semaling -malingnya,jenis mereka ini tak akan menyesal atas perbuatannya,kalau mereka di beri kesempetan membunuh maka,orang tengah solatpun sangup orang ini bunuh,walau kesalahan kecil,dan salah faham,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woii Indon...!!! Habis tue dah si iblis ardi rasila jahanam ni melakukan rompakan? bunuh wanita yg tidak berdosa? Kamu patut tahu yg wanita yg DIBUNUHNYA itu mempunyai anak kecil yg mahukan kasih sayang ibunya? Kamu belajar ke tidak tentang dosa mencuri? membunuh? Memang patut si ardi ini digantung saja... KAMI ADA BUKTI RAKAMAN CCTV yg menunjukkan si ardi rasila ni membunuh dan merompak.... Dah datang ke negara orang pastu buat dosa... Biadap sungguh Indon nih...!!! Menyusahkan orang saja...!!!

      Padam
    2. yg ko pulak marah2 tu dah kenapa? Dia bukan bela penjenayah tu pun

      Padam
    3. dia geram tu kot.. tp xpyh la nak salah kan seluruh indon...

      Padam
    4. ko maki hamun mcm mane pon dia ttap da nak kene gantung.die ttap dgn dosa dia yg ko xde kene mngene dgn die pon dpt dosa.

      Padam
  2. alhamdulillah.....tgk fb dia menyirap je darah rase nye.....siap cakap melayu lagi...geli aku tgk indon bangsat ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan racist plak... Tak elok kot. Aku pun nyampah giler dgn org ni sebab bunuh org suka hati dan rosakkan nama sabah tp jangan sampai dilibatkan kaum indonesia plak dalam hal ni.. Penjenayah ni mana2 kaum pun ade je. 1 lg perkataan 'indo' tu kasar sebenarnya.

      Padam
    2. apa yg kasar dgn perkataan INDO tuh.ia adalah dari singkatan INDONESIA, what's wrong abt it?? Dah mmg betul pun dia mamat INDO so? Saya adalah seorang MALAY sebab saya berasal dari MALAYSIA... xder kasar apa pun. TQ.

      Padam
    3. maksudnya tu, sebut nama org ja, bila kata indon/ indonesia, nanti org tafsirkan anda menuduh semua org indon jahat......

      Padam
    4. ya betul aku sokong jgn sebut indo, sebut nama saja..pembunuh tetap pembunuh tak kira dari negara mana..

      Padam
  3. pengawal keselamatan ini dihukum mati kerana membunuh pegawai bank...siapakah majikan yang ambil dia bekerja juga perlu diberikan hukuman yang setimpal...mesti dihukum juga jangan pilih kasih dia orang kenamaan ke org biasa ...mesti dihukum kerana tidak peka dengan kerjanya..semak dan semak...kenapa org indon juga yg diambilm kerja....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersetuju dan teramat bersetuju dengan anda, pihak/individu yang bertanggungjawap mengaut untung dengan membelakangkan prosidur pengambilan Pengawal Keselematan (sah-sah melanggar peraturan) turut patut/WAJIB dibawa bersama ke pihak pengadilan undang-undang malaysia kerana...SEMUA NI BERMULA DARI MEREKA....PERCAYA ATAU TIDAK, MEREKALAH YANG MEMULAKAN ... tapi siapa yang menyentuh mereka saat kejadian ini berlaku, siapa berani menyentuh mereka???? Jangan kata menyentuh..ada sispa yang sebut atau tersebut penglibatan mereka ??? NONE. Sebab itu Allah swt mengharamkan rasuah..... fikir2kanlah

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....