SENYUM...SENYUM...SENYUM.... Tak Perlu Kata Apa-Apa...
Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara dari politik walaupun pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya. Lantas beliau tidak menghiraukan janji awalnya akan bersara jika tidak dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Kah..Kah...Kah...
Sebagai seorang pemimpin, Anwar sepatutnya mengotakan kata-kata dan janjinya untuk bersara dari dunia politik tanahair dengan menjadi pensyarah, dan bukannya cuba untuk menafikan kekalahannya itu dengan menghasut rakyat dan menyalah pihak lain.
Tapi Anwar tidak mahu bersara kerana mendakwa Pakatan Pembangkang menang dalam PRU ke 13 baru-baru ini dengan melemparkan tuduhan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengatakan SPR tidak telus dan sebagainya.
Ada pepatah pujangga yang mengatakan, sekiranya kita tidak dapat apa yang kita mahu, maka bersyukurkan dengan apa yang kita ada pada hari ini. Sepatutnya Anwar begitu. Jika beliau gagal ke Putrajaya, Anwar tidak sepatutnya kecewa sebaliknya perlu bergembira kerana beliau masih lagi ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.
Setiap dari kita kena berusaha. Selepas berusaha, sekiranya Allah mentakdirkan kegagalan pada kita, maka kita sebagai orang Islam perlulah menerimanya dan reda dengan keputusan itu. Pastinya setiap kejadian itu ada hikmahnya dan begitu juga dengan kekalahan pakatan ada hikmahnya.
Anwar Oh Anwar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....