VIDEO : KALIMAH ALLAH - HARON DIN DAN DEWAN ULAMA DIPANDANG SEPI PAS KERANA PR!!!



YA ALLAH!!! Kalau setakat Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam DAP yang membuat kenyataan ini, masih penulis boleh terima. Namun, Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS, hari ini menjelaskan mereka terus kekal dengan pendirian sebelum ini dalam isu yang membabitkan kalimah Allah.

Kenyataan tersebut dijelaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.



"Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pendirian yang dikeluarkan sebelum ini.

"Kita juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

"Dan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu beri apa-apa komen, segala pendirian yang dikeluarkan boleh dirujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media itu juga turut menegaskan isu kalimah Allah tidak akan menjadi agenda kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

"Isu kalimah Allah itu bukan satu agenda kempen PAS pada PRK nanti dan kita tidak mahu ia dilakukan oleh jentera kempen.

"Kalau Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan itu sebagai agenda kempen utama mereka, ia terpulang kepada mereka dan saya pasti rakyat sudah mengetahui," jelasnya.

Pada awal tahun ini Datuk Haron Din mempertahankan kalimah ALLAH dari digunakan oleh Bible Melayu, satu perkara yang dituntut oleh Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin PR termasuk Hj Hadi. 

"Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah...tak akan reda sama sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu). 

"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik,"

Manakala kenyataan Dewan Ulama Pas boleh dibaca DI SINI.

"Ada kesannya kepada masyarakat??? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima?? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah??? Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang. Saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah,(adalah) Allah yang selama-lamanya.

Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini. Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata."Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau.




LIHAT VIDEO DI BAWAH






RENUNG-RENUNGKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....