PRK SG LIMAU : Petugas BN Kena Cam Betul-Betul Muka Apek Ni!!


"Cina di Sungai Limau ini bersatu. Apabila diarah untuk undi parti tertentu, kami undi. Itu caranya di sini," katanya sambil menambah arahan tersebut paling awal akan diketahui pada 2 November ini.

Ditanya siapa yang akan diundi penduduk Cina Sungai Limau, Ho berkata mereka akan mengikut arahan penghulu komuniti mereka yang dijangka akan mengadakan mesyuarat 'rahsia' untuk menentukan pilihan mereka.



Ho


Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung (kiri) sebelum ini berkata terdapat 1,827 pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu di Sungai Limau.

Namun katanya, hanya 10 peratus atau kira-kira 180 orang mengundi BN dalam pilihan raya umum lalu walaupun jumlah anggota MCA di Sungai Limau adalah 965 orang.

PAS sebelum ini mempertahankan kerusi Sungai Limau dengan majoriti sebanyak kira-kira 2,774 undi sahaja.

Buat pesawah padi, Tan Siew Boon (kanan), 90, hidup beliau tidak banyak berubah sama ada bawah pentadbiran BN atau PAS.

Menurut ibu kepada 8 orang anak itu, beliau pernah memohon bantuan kerajaan negeri kira-kira setahun lalu untuk memperbaiki rumahnya.

Namun, menurutnya, bantuan yang dipohon daripada kerajaan negeri PAS itu tidak kunjung tiba.

"Hidup kami sudah begini sejak beberapa generasi dan rasanya tak ada apa-apa akan berubah," katanya yang telah mendiami rumahnya di tengah-tengah sawah sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama, selama tiga generasi.

Menurut Tan lagi, beliau juga akan menunggu arahan penghulu untuk mengundi parti yang mana satu dalam pilihan raya umum pada 4 November ini.

Manakala seorang peniaga perabot dan barangan elektrik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Ang tanpa berselindung memberitahu beliau akan mengundi PAS.



Mr Ang


PERSOALANNYA : SIAPA "PENGHULU" TERSEBUT?

1 ulasan:

  1. hahaha.....org cina mmg ada god father mereka bebb....

    org melayu jaaa yg suka kene tipu bulat2...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....