N. Surendran Gelabah Biawak!! Habis Semua Penjawat Awam Salah!!





Lihat betapa serongnya pemikiran pembangkang terhadap kerajaan dan jentera pentadbirannya. Belumpun menyertai operasi polis bagi mengalami sendiri bagaimana polis menangani suspek jenayah berat, Naib Presiden PKR, N. Surendran sudah merumuskan kesimpulannya sendiri.



"Namun jemputan KPN (Ketua Polis Negara) ini tidak menjawab kritikan saya terhadap dasar "tembak dahulu" Menteri Dalam Negeri dan peningkatan jumlah kes suspek yang mati ditembak dalam operasi polis. Umum masih menanti jawapan dan penjelasan yang munasabah tentang hal ini dari KPN dan pihak kerajaan.

"Tidak mengira penyertaan saya dalam operasi ini atau apa pun yang akan berlaku nanti, Kementerian Dalam Negeri dan pimpinan PDRM mesti menghentikan kejadian tembakan suspek polis yang keterlaluan dan salah di sisi undang-undang," katanya melalui kenyataan medianya.

Kritikan pedih Surendran ini diucap dan ditulis berkali-kali sebelum ini. Tindakan beliau yang juga seorang peguam mendorong Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mempelawanya menyertai operasi polis.

PDRM mahu Surendran rasai cemas takut mereka berdepan penjenayah

Tujuannya biar Surendran menilai sendiri kadar bahaya, detik mencemaskan dan kegetiran yang harus dilalui oleh anggota polis apabila menangani kes jenayah berat dan penjenayah yang bengis dan kejam.

Ini bagi memberi perspektif mengapa Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi mengumumkan bahawa polis bersedia menembak hingga mungkin membunuh penjenayah berbahaya dan kejam.

Sejak itu, Surendran tidak pernah surut dalam kecamannya terhadap menteri berkenaan dan tanpa letih mempertikaikan prosedur tindakan polis. Sikap ini tidak berubah meskipun Tan Sri Khalid sudah menjelaskan bahawa polis ada prosedur tindakan standardnya (SOP) dalam menghadapi penjenayah berbahaya dan ganas; dalam kebanyakan keadaannya untuk mempertahankan diri.

Pelawaan mula berlaku berlaku Rabu, 16 Oktober. Namun harus dinsafi bahawa amat mustahil untuk mengetahui bila, kes apa dan di mana operasi itu akan berlaku. Maklumlah memang tidak wajar maklumat terperinci dikhabarkan kepada umum kepada orang awam. Surendran dijemput untuk mengukur saiz baju kalis peluru yang perlu digunakan dalam operasi sebenar kelak.

Namun menilai kenyataan media pemimpin pembangkang ini, belumpun memenuhi pelawaan Polis Diraja Malaysia ini sepenuhnya, satu perkara sudah pasti – bahawasanya Surendran akan mengikut operasi polis itu dengan prasangka.

Operasi PDRM diharap benar-benar sukar untuk dirasai Surendran.

Adalah diharapkan operasi berkenaan akan benar-benar membabitkan penjenayah-penjenayah tegar. Hanya dalam insiden sebegini sahaja boleh membantu Surendran menyaksikan dan mengukur bagaimana polis bertindak.

Dalam keadaan begini adalah diharapkan bukan sahaja dapat membuktikan bahawa SOP sentiasa diakuri oleh pasukan polis malah agar Surendran dapat mengalami sendiri ketidakpastian kadar bahaya dan keselamatan setiap anggota polis dan orang awam dalam setiap operasi.

Maksudnya, dalam operasi biasapun ada kalanya, ia boleh menjadi tragedi berdarah dan mengerikan. Inikan pula jika terserempak dengan kes dengan penjenayah ganas dan tidak berperi-kemanusiaan dan kejam.

Namun memang dapat diduga berdasarkan kenyataan medianya bahawa apapun yang bakal berlaku Surendran tidak akan mengubah pendirian atau persepsinya terhadap kerajaan dan pihak berkuatkuasa kerajaan.

Ini kerana sikap prejudis begini memang sebati dengan naluri politik pembangkang iaitu ia akan menyambar setiap peluang untuk meremeh dan memburuk-burukkan imej berkuasa agar kadar kebencian rakyat kepada pihak berkuasa sentiasa membara.

Ini bagi memastikan bahawa jika kebencian terus menggelegak dalam pemikiran rakyat, peluang untuk pembangkang menambah bilangan sokongan terhadap perjuangan mereka akan lebih besar. Ini politik kebencian namanya.

Pembangkang harus tampil dengan pelan tindakan keselamatan

Seharusnya pembangkang bersikap pro-aktif. Merudumnya indeks kesejahteraan dan keselamatan awam harus ditangani bersama. Malahnya barangkali pembangkang akan lebih mudah mendekati dan memenangi hati rakyat jika ia dapat mengemukakan pelan tindakan keselamatan yang boleh lebih mententeramkan rakyat.

Namun pembangkang di negara ini lebih gemar mengambil jalan mudah. Himpunkan rasa tidak tenteram dan pacu kebimbangan rakyat dengan perasaan benci dan kemudian cuba mengaut keuntungan politik; tidak kira walaupun tindakan itu mungkin akan lebih menggusarkan rakyat.

Surendran seorang pemimpin yang penuh agenda licik

Bukankah Surendran orangnya yang mengekori seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) merangkak menaiki tangga untuk menyerahkan memorandum tuntutan OKU kepada Pengurus Jabatan Kebajikan di Kedah baru-baru ini?

Jika niat beliau bersih mahu membantu OKU mengapa sebagai seorang peguam dan pemimpin yang bertanggungjawab beliau tidak membantu untuk mengatur perjumpaan rasmi dengan pengurus yang dikatakan ketakutan disergap oleh beberapa OKU dan pengikut parti pembangkang yang berhimpun membuat onar di bangunan pejabatnya awal bulan ini?

Sebaliknya, Surendran dilihat bergambar di belakang OKU berkenaan agar disiarkan oleh media untuk membuktikan bahawa ada pilih kasih dan ketidakadilan kerajaan dilakukan terhadap OKU oleh kakitangannya.

Seharusnya Surendran memilih dan menangani isu-isu politik dengan jujur dan ikhlas untuk berkhidmat pada rakyat dan bukan untuk mencari publisiti politik sahaja.

Namun dapat diduga jika dalam operasi yang diatur oleh polis dengan kehadiran Surendran kelak benar-benar terserempak dengan penjenayah tegar dan kejam, besar kemungkinan ia akan dituduh satu sandiwara Umno seperti yang pernah disimpulkan oleh seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua, terhadap serangan pengganas di Lahad Datu awal tahun ini.

Seharusnya pembangkang akur bahawa tidak semua anggota polis, tentera dan perkhidmatan awam lain yang memihak kepada Umno dan Barisan Nasional. Atau, sebenarnya sikap dan tindakan kedua-dua Naib Presiden PKR ini memang untuk memancing lebih banyak sokongan daripada kalangan penjawat awam?



3 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....