"KENAPA MESTI LANTIK REGINA LEE YANG PRO DAP SEBAGAI PEGAWAI BELIAU? APAKAH TIDAK ADA ORANG MELAYU ATAU UMNO YANG LEBIH LAYAK UNTUK JAWATAN TERSEBUT?"
Tahukah anda semua bahawa YB KJ juga ada melantik seorang wartawan politik dari Utusan Malaysia? Nama beliau adalah Raja Syahrir Abu Bakar dan kini menjalankan tugas-tugas yang sama seperti Regina Lee. Jadi, jika KJ ini seorang yang anti Utusan, mengapa perlu beliau lantik seorang wartawan Utusan menjadi pegawai di pejabat beliau? Anda tidak percaya? Anda boleh Google sendiri nama wartawan ini dan masih boleh baca lagi semua berita nukilan beliau atau boleh tanya sendiri tuan punya diri melalui akaun twitter beliau, @Bobby_Bakar.
Maka terungkailah pertikaian dan fitnah bahawa KJ itu anti Melayu, anti Utusan, tidak mahu bantu Melayu dan banyak lagi. Cuma kami dapat merasakan bahawa pasti akan ada yang akan bertanya lagi, KENAPA MESTI REGINA LEE?
Blogger Helen Ang sendiri pernah menulis bahawa REGINA Lee ini adalah seorang penyokong atau pensimpati DAP yang berjaya menyusup masuk ke dalam Kerajaan, atau lebih tepat lagi ke dalam pejabat Menteri BN. Ini satu perkara yang tidak dapat kami nafikan. Lagi pun, berapa peratus sahaja orang Cina di Negara ini yang masih menyokong BN?
Namun, tidak pernahkah terlintas dalam fikiran kita bahawa tujuan KJ membawa Regina bekerja dengan beliau adalah bagi membuktikan sendiri bahawa apa yang penyokong DAP percaya selama ini, bahawa semua menteri UMNO itu korup, malas dan tidak tahu buat kerja adalah satu fitnah semata-mata? Lebih menarik, Regina pula bermula di pejabat seorang anak muda berjaya seperti KJ yang tidak sudah-sudah ditohmah, bagi mendapatkan first hand knowledge of what is going on in the umno ministries.
Dengan memerhatikan kecenderungan dan pengaruh Regina dalam laman Twitter terutamanya, sudah pasti akhirnya kebenaran akan sampai juga ke sebelah 'sana' bukan? Siapa lagi yang lebih layak menyampaikan DAKWAH kepada orang Cina selain dari orang Cina itu sendiri? Memang tidak dapat dinafikan akan ada satu dua maklumat yang akan menjadi isu dan pertikaian, tetapi kita perlu ingat, Regina Lee juga tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sepertimana penjawat-penjawat awam yang lain.
Masalah polarisasi kaum di negara ini yang berpunca daripada sistem persekolahan berbentuk dual telah mengakibatkan dua kaum terbesar tidak dapat berhubung dan bergaul antara satu sama lain dengan cara yang sepatutnya. Maka, apakah kaedahnya lagi untuk membawa satu-satu kaum itu memahami cara kerja dan norma hidup bangsa Melayu dan Islam jika kita terus hidup secara berasingan?
Langkah YB KJ juga tepat kerana selain dapat memberikan peluang kepada Regina Lee untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana UMNO menjalankan pentadbiran Negara, YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP. Dengan ini, sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN, beliau akan dapat merangka strategi yang lebih tepat untuk melaksanakan program yang berkesan kepada orang Cina, terutamanya golongan muda yang semakin menjauhi Kerajaan. Maka, persoalannya di sini, apakah KJ telah mengambil keputusan yang semberono dengan mengambil Regina Lee sebagai pegawai beliau, atau ianya juga satu lagi langkah strategik yang akan menguntungkan UMNO dan orang Melayu, tanpa perlu dihebohkan kepada orang lain?
Mungkin kami masih lagi tidak dapat memuaskan hati sesetengah pihak dengan penerangan dan fakta di atas. Namun, kadang-kala anjing yang kuat menyalak itu pun hanya berani setakat kuat suaranya sahaja. Fikir-fikirkanlah...Wallahua'lam.
- SUMBER
BB : Hmm...kadang-kadang hairan bin ajaib juga dengan sestengah orang yang suka membuat tohmahan berdasarkan persepsi semata-mata serta cerita-cerita yang dibawa di kedai kopi.
Ada pula yang kategorinya menyimpan dendam dan kisah silam seseorang individu atau pemimpin yang dibawa sampai ke mati walaupun individu tersebut kini telah memperbaiki diri dan membawa perubahan yang dinanti-nanti.
Kategori yang jenis talam dua muka pun apa kurangnya, depan pemimpin A kutuk pemimpin B, sebaliknya pula apabila depan pemimpin B habis segala cerita buruk pemimpin A diceritakannya seolah-olah tiada maaf lagi buat pemimpin A tersebut.
Dan satu lagi kategori jenis kutuk dan hina dulu kaw-kaw seseorang pemimpin ni untuk dapatkan perhatian dan selepas itu buat pusingan 360 darjah support gila-gila pemimpin tersebut.
Dan akhir sekali yang sempat BB fikirkan buat masa ini ialah kategori yang belasah semua orang atau pemimpin tak kira apa pangkat atau parti. Suara rakyat marhaen katanya.
sy rasa lucu la apa yg ditulis dalam ni
BalasPadamsbg seorang yg kenal semua watak yg disebut oleh penulis, post ini agak lucu dan tidak tepat langsung. Kesian cybertrooper ni.
BalasPadamtun Mahathir x lantik pun orang cina yang sokong dap dlm pentadbiran dia...dia lantik orang cina je..begitu juga dengan orang india.....jgn cari alas an kalau x boleh bertindak dengan baik..carilah cara supaya bangsa melayu bermaruah bukan nak tunjuk kita baik pada pandangan bukan melayu....pedulikan itu semua...
BalasPadamkut ya nak angkat orang pun berpada2lah bro......geli aku dengaq post hang ni. Pas ni hang boleh kena mandi le dgn bos hang tu....
BalasPadamKalu dah cina tu tetapla cina,tak yah dok berdaleh lagi la....dah tak dak orang Melayu ka? nampak nya kena panggil NSA Amerika la boleh intip panggilan telefon dia ni....si Lim guan eng mesti suka punya...
BalasPadamMcm haram!!berhenti la jadi blogger!!
BalasPadam