"Saya masih muda dan saya belum pernah mengundi jadi saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penghibur. Saya tidak takut atau berasa ia satu kesalahan kerana di situ adalah rezeki saya," katanya.
Penyanyi kelahiran YouTube, Ainan Tasneem menganggap kehadirannya pada majlis atas jemputan parti politik pakatan pembangkang bukan untuk menyertai parti itu.
Ainan, 21, berkata, dia hanya memenuhi undangan bagi melaksanakan tugasnya sebagai seorang penyanyi tanpa mengira ideologi yang dibawa oleh sesebuah parti politik.
"Saya hadir pada majlis politik bukan untuk beri ceramah atau berkempen tetapi memenuhi undangan nyanyian sahaja.
"Sejak dua tahun lalu ketika awal-awal dikenali lagi saya sudah beberapa kali buat persembahan di negeri-negeri yang diperintah pembangkang," katanya lagi
Tambah Ainan, dia tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu kesalahan yang mungkin menjejaskan kedudukannya sebagai artis baharu dalam industri muzik tanah air.
Dalam perkembangan lain, Ainan yang baru melancarkan album sulung berjudul Aku Suka Dia sedang sibuk dengan penggambaran klip video untuk single terbaharunya Kamu Saja.
Artis tetap artis, sebagai penghibur mereka tetap menerima jemputan atau undangan tanpa mengira latar belakang politik kerana itu punca rezeki bagi mereka. Berbeza dengan Ainan, majoriti artis yang menyertai mana-mana parti politik khususnya dalam PR biasanya "telah tamat tempoh" atau tidak lagi popular. Maka, pentas-pentas ceramah dijadikan platform baru bagi mereka untuk meneruskan karier mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....