GEMPAR!!! GAMBAR DAN BERITA Pesawat Maswings Yang Terhempas Di Kudat!!



KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Lagi  berita dan gambar- gambar tragedi di bawah :



Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. 

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.


UPDATE:

4.40PM - Bernama melaporkan 2 penumpang dalam kecederaan serius. 

5.00PM - 6 dilaporkan cedera dan 3 dalam keadaan parah.






3 ulasan:

  1. inilahlah akibatnya kalau jadi juruterbang

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha!!! adoi gini gayanya habislah rakyat malaysia naik sampan ja pegi balik KL-KK.. Yang naik kereta lagi ramai mati hari2..

      Padam
    2. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan, setiap yang hidup pasti akan mati hanya masa saja menentukan.

      Rasanya ini kemalangan passanger flight jenis kecil yang kedua, dulu Fokker terhempas di Tawau kalau tak silap 34 org terbunuh. Puncanya pilot error, tapi yg kedua ini harap2 bukan masalah yg sama sebab kalau tidak, agaknya tak ramai yang berani naik Maswing lagi.

      Mohon jasa baik tuan masukkan link blog saya - http://sarawakia.blogspot.com

      Terima Kasih :)

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....