Kami telah dimaklumkan mengenai khidmat layanan pelanggan syarikat penerbangan terbaharu di Malaysia iaitu Malindo Air begitu teruk sekali di laman sosial Twitter…. betul ke? Ada pelanggan yang mengadu bahawa balasan tweet yang diterima mereka sejak 24jam yang lalu amat tidak memuaskan dan cara pihak Malindo Air membalas juga agak kasar, tidak seperti selalu.
Rupa-rupanya menurut pihak Malindo Air, akaun sosial mereka telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Hai, takkanlah nak sabotaj guna media sosial kot? Perkara ini telah diberitahu sebentar lalu oleh pihak Malindo Air dan masalah ini telah dikenalpasti dan sedang disiasat. Kami syak mungkin ada pekerja sendiri yang tak puas hati dengan Malindo Air kot, sebab tu saja nak sabotaj. Jom baca apa balasan tweet pihak Malindo Air dengan pelanggan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....