APA CER?? MIMOS : Kisah Seorang Ibu, Agensi Kerajaan Dan RM1 Juta!!!



Beberapa komen menarik perhatian daripada artikel terdahulu (KLIK DISINI) yang berkaitan dengan MIMOS Sdn Bhd sebuah syarikat penuh milik kerajaan yang KHABARNYA telah dijadikan markas untuk seorang India mengawal serba serbi di dalam MIMOS. 



Ala itu Dato masa di Motorola pon haprak... orang kiri dan kanan, cina dan india....tak mahu naikkan melayu. Sombong nak mampus!! Ada orang Melayu bagus tak mahu naikkan kerana dia seorang perempuan.

Kat Motorola tempat legacy Dato sudah jadi Tamil Street... dalam sekelip mata... kisah apa? Janji sendiri bangsa pon mahu naik...Masa Dato dulu macam-macam alasan....


Tak usah bangga la jadi orang kuat UMNO!!! Puih...!! Jadi orang UMNO untuk kepentingan diri sendiri. 
12 October 2013 20:59

Komen yang kedua ini menjelaskan lebih gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam MIMOS kerana cakap cakap oleh pekerja Melayu yang ditindas oleh pihak atasan merupakan satu kebenaran apabila seorang India yang dilihat menguasai MIMOS sehinggakan Ketua Mimos sendiri gagal untuk membela nasib pekerja Melayu didalam MIMOS.

Rasanya saya tahu siapa nama perempuan melayu yang teraniaya ni..NORMATAKSIAH ISMAIL..

Betulkan saya kalau salah orang atau salah cerita 
12 October 2013 20:46

Komen ketiga ini menyebut satu nama yang merupakan seorang pekerja Melayu di Mimos. Maklumat yang diperolehi mengesahkan bahawa Wanita ini telah diberikan surat amaran atas tindakannya yang mengadu ketidak puashatian Cafetaria yang menjual makanan di Mimos meletakkan harga yang cukup mahal dan juga servis yang tidak berkualiti. Isu ini dapat dilihat di beberapa Facebook individu pekerja Mimos yang mana wanita ini telah ditekan tanpa belas ehsan oleh pihak Mimos.

Makluman yang diperolehi dari pekerja Melayu di Mimos menyatakan bahawa Ibu kepada seorang anak itu diberikan surat amaran, ditukarkan ke tempat lain dan paling tidak berhati perut apabila pihak Mimos menahan 2 minggu gaji Ibu seorang anak itu.

Untuk makluman mangsa Wanita Melayu Ibu kepada seorang anak ini telah bekerja di Mimos sejak tahun 1997 lagi. Gaji yang diperolehi oleh wanita Melayu yang ditindas itu hanyalah berjumlahRM1,457 sahaja dengan berhadapan harga yang mahal di Cafetaria milik Mimos.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Cafetaria di Mimos merupakan satu Cafetraria yang sepatutnya adalah jauh lebih murah berbanding Cafetaria di tempat lain kerana.

a) Bil Elektrik Percuma (Ditanggung MIMOS)
b) Bil Air Percuma (Ditanggung MIMOS)
c) Pingan Mangkuk (Disediakan MIMOS)
d) Peralatan Di Cafetaria (Semuanya Ditanggung MIMOS)

Bagaimana sebuah Cafetraia yang semuanya ditanggung oleh pihak Majikan iaitu MIMOS menjual makanan yang lebih mahal daripada kedai makan diluar?

Akibat dari luahan Wanita Melayu pekerja Mimos itu di Facebooknya beliau kini mendapat tekanan dari pihak atasan pegawai Mimos. Adalah tidak adil dan tidak berhati perut sama sekali apabila pegawai atasan Mimos yang bergaji belasan dan puluhan ribu ringgit menindas pekerja bawahan yang hanya bergaji RM 1,457 sebulan.




Gambar di atas adalah gambar Cafetaria di MIMOS sebelum pengubahsuaian. Laporan mengesahkan bahawa Kos pengubahsuaian terbaru Cafetaria milik Mimos itu mencecah 1 Juta Ringgit. Apa yang diubah suai sehingga mencecah RM 1 juta ringgit?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....