2x5 : KECOH PASAL INTEGRITI, RUPANYA YB NI PUN SONGLAP DUIT TABUNG BINA SEKOLAH!!!





CINA BANTAI CINA TIPU PUN CINA JUGA.....

Satu laporan polis dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee berhubung isu kutipan derma pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa 'lesap'.



Aduan dikemukakan oleh wakil Penduduk Pandan Perdana Lim Khoo bagi menyatakan ketidakpuashatian penduduk yang merasakan dirinya tertipu dengan janji manifesto wakil rakyat berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

"Saya lapor polis kerana saya derma untuk satu kempen yang dianjur Jenice Lee sebelum PRU12 yang mengatakan untuk membina Sekolah Jenis Cina. Masyarakat Cina menyumbang derma, sama seperti masyarakat Islam menganggap ia sebagai zakat."

"Jadi saya sokong dengan memberikan derma tersebut. Tetapi lima tahun berlalu, saya masih tidak nampak pembinaan sekolah seperti yang dijanjikan."

"(Bahkan) dia kata tidak mahu bina sekolah, tetapi mahu bina stadium pula, sedangkan ketika mengutip derma ia (Jenice) mengatakan untuk membina sekolah," kata Khoo selepas selesai membuat laporan polis kira-kira jam 10.30 pagi di Balai Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sini hari ini.

Turut hadir bersama, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gabungan Persatuan Penduduk Parlimen Pandan, David Kaw.





Tambah Khoo, Jenice juga dikatakan tidak berhasrat untuk meneruskan pembinaan sekolah tersebut lantas menafikan janji yang pernah dibuatnya sebelum ini.

"Beliau tidak pernah memohon untuk penukaran status tanah untuk membina sekolah."

"Mana wang derma lima tahun lalu?" soal Khoo.

Baca sepenuhnya di SINI

2 ulasan:

  1. Bro Mana ada YB lagi...??? Yang Busuk adalah...

    BalasPadam
  2. Macai tu dapat arahan LGE untuk serang peribadi janice lee kot... benda mcm ni memang kerja LGE.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....