Ini Khairylah!!!
Jawatankuasa Pemilihan UMNO perlu menghayati pindaan perlembagaan parti itu dan bukan mentafsirkannya bagi tujuan menghalang pemimpin daripada bertanding.
Matlamat asal pindaan pelembagaan itu adalah untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang demokratik dan dinamik yang mahu menggalakkan pemimpin berwibawa menaiki hierarki parti dan bukan menjadi penghalang.
Tun Faisal Ismail Aziz yang digugurkan nama kerana dikatakan tidak cukup kelayakan!! Hanya kerana tidak menjadi AJK di bahagian sepenggal sedangkan Jawatan sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah Heriaki yang lebih tinggi dari AJK bahagian.
Jawatankuasa berkenaan sepatutnya menggalakkan pertandingan dan bukan mentafsir pindaan itu hingga menyebabkan pemimpin tidak dapat bertanding.
Tun Faisal sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi oleh jawatankuasa terbabit mengapa namanya telah digugurkan. Kenapa jadi begitu sedangkan hanya 2 calon MT sahaja digugurkan.
Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO juga telah merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebelum menghantar borang pencalonan tempoh hari.
Setelah pasti beliau layak, Tun Faisal berkata, barulah borang pencalonan dihantar yang sekali gus menafikan bahawa nama beliau digugurkan kerana tidak menghantar borang pencalonan.
Semangat pindaan Perlembagaan yang digubal pada 2009 adalah meletakkkan syarat minimum bagi membolehkan pemimpin bertanding.
Syarat minimum,termaktub bahawa ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, tetapi ia tidak konsisten jika AJK bahagian satu penggal lebih diiktiraf daripada exco Pusat.
Sekurang-kurangnya jawatan di peringkat Pusat hendaklah lebih atau sama kewibawaannya dengan jawatan di peringkat bahagian kerana di bahagian pemilihan dibuat oleh cawangan, manakala di Pusat pemilihan oleh perwakilan bahagian dari seluruh negara.
Tapi pelik jugak dengan syarat bagi calon Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang berstatus Naib Presiden hanya meletakkan syarat menjadi ahli UMNO selama tiga tahun, iaitu jawatan yang lebih tinggi daripada MT.
Ahli biasa boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda, adalah pelik jika Exco Pemuda tidak layak bertanding jawatan MT.
P/S : Kalau dah bodoh sebelum ini, janganlah nak terus bodoh selama-lamanya walaupun dah tahu di mana kebodohan itu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....