TUN M : Mukhriz Bukan Ancaman Najib!!




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri, Dato'  Sri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.



Dr Mahathir berkata, majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.

"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Ahad.

The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedahmenang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dankemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakandalaman.

Ditanya mengenai pandangan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....