Setelah beberapa ketika kita menunggu pengumuman penting ini dari YAB Perdana Menteri, Hari ini secara rasminya beliau telah membentangkan 5 Fokus Utama Dalam Memperkasakan Ekonomi Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
- Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran
- Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
- Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
- Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan
- Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
- Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
- Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
- Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
- Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
- Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
- Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
- GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
- Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
- Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
- Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
- Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor
- Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.
- Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM)
- Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.
- Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.
- GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.
- Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih
- Memperluaskan dasar carve out.
- Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.
- Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
- Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif
- Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
- Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
- Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.
- Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
- Membestarikan TERAJU
- Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.
- Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU
- Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....