SETUJU TAK? Transformasi UMNO = Mukhriz + KJ!!!




KOMBINASI antara Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir untuk saling menang memenangkan dalam persaingan kepucuk pimpinan Umno adalah sangat diperlukan bagi transformasi imej Umno.



Kemenangan kedua mereka; Mukhriz sebagai Naib Presiden Umno dan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno pastinya akan memberikan suatu imej baru yang meyegarkan dan meyakinkan tidak sahaja kepada gulongan muda dalam Umno tetapi juga generasi baru Melayu di luar Umno dan juga bukan Melayu.

Kedua mereka mempunyai kualiti dan keupayaan masing- masing untuk menjadi gandingan yang kuat dan mantap bagi penerusan kepimpinan masa depan negara.

Kita boleh bayangkan kemantapan imej baru Umno kepada negara kiranya Khairy menjadi Ketua Pemuda dan Mukhriz menjadi Naib Presiden Umno .

Setakat ini mereka telah menunjukan gaya kepimpinan yang menghayati harapan harapan baru dan tentunya akan dapat menarik lebih ramai anak muda memyertai Umno.

Ini juga akan dapat mengelakan kepupusan Umno seperti yang dibimbangkan oleh pemimpin teragung negara Tun Dr.Mahathir.

Walaupun keduanya berseteruan politik, tidak sekadarkan antara mereka tetapi juga antara bapa mertua dan bapa sendiri tetapi hal ini tidak seharusnya menjadi warisan dan sewarjanya Mukhriz-Khairy menerima logik politik "tidak ada musuh yang kekal dalam politik,yang kekal hanyalah kepentingan diri atau kepentingan bersama." Masih tidak terlewat untuk bermula dari saat ini.

Khairy dan Mukhriz mestilah berganding bahu , harus dapat datang kepada suatu persafahaman kerjasama diatas sikap rasional untuk membuktikan kepada bangsa dan negara bahawa dalam keadaan yang runcing, mereka lebih mementingkan perpaduan dan kepentingan negara.

Bukan masanya sekarang untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri. Khairy telah belajar dari kesilapan terlalu bertakbur dan terburu-buru untuk naik keatas dan Mukhriz juga telah belajar untuk mendapat faedah dari kesabaran.

Mulai hari ini Mukhriz dan Khairy mestilah mencari jalan untuk saling bantu membantu bagi menjadikan Pilihanraya Umno yang paling demokratik kali ini suatu sejarah besar kearah mentranformasikan Umno kepada kekuatan bagi pembinaan suatu bangsa yang sanggup menghadapi cabaran zaman.

Bagi yang telah lama berkecimpung dalam politik, pasti akan ketawa berdekah-dekah dengan artikel ini. Sesuatu yang dirasakan amat mustahil akan berlaku sekiranya dilihat sejarah "kemesraan" di antara 2 pemimpin muda dalam UMNO ini.

Namun, dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Politik penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya!!

3 ulasan:

  1. dalam kesebokan berpolitik, tahu kah anda apa yang sedang dilakukan kerajaan sekarang nih:

    http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kepada-para-pembaca-saya.html

    BalasPadam
  2. Politik KJ boleh menghancurkan bangsa Melayu
    Bangsa Melayu memerlukan pemimpin yang berani dan tegas mempertahankan agenda Melayu

    Dengan sifat liberal dan apologetiknya, KJ boleh menyebabkan UMNO hancur
    Akhirnya suatu hari nanti Malaysia akan jadi Singapore ... menang sorak kampung tergadai

    BalasPadam
  3. adkh calon yg xda kredibiliti sbg pemimpin, dipilih?
    sudah tentu pemimpin yg layak, yg telah berbakti & buktikn tanggungjawab sbg seorg Ketua Pemuda utk pemuda-pemudi seluruhnya, & menjadi 'contoh' yg baik kpd rakyat..
    kita kena faham yg zaman dah berubah, keterbukaan anak2 muda pd era ini adlh meluas dan tidak terbatas.
    jd peranan seorg Ketua Pemuda itu bkn dikhususkn utk UMNO shj, tp dlm pd masa sama bijak dlm menjaga kepentingan pemuda Umno sendiri. bkn tenggolok tekak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....