SAMAN : Artis Mohon Mahkamah Penjara Bapa



Shah Alam: Dramatis Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam supaya memberi alasan mengapa bapanya tidak boleh dipenjara berhubung pelanggaran perintah isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat, dekat Kuala Lumpur.


Pada prosiding semalam, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan kepada Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar pihaknya sudah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu. 

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Husain, 76, mengesahkan menerima notis itu, namun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes berkenaan kerana baru dilantik mewakili defendan. 

Bagi memastikan kes berjalan lancar, Mohamed Fouzi kemudian menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan pihak Wan Mohd Husain memfailkan afidavit pembelaan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Wan Nor Azlin ketika ditemui media di luar mahkamah enggan melayani sebarang pertanyaan, sebaliknya hanya menyebut ‘tiada komen’.

2 ulasan:

  1. wan norazlin penyokong tegar UMNOBN

    BalasPadam
    Balasan
    1. APA KENA MENGENA CERITA DIA DGN UMNOBN. JGN PAKAI KEPALA LUTUT BILA KOMEN. NI LAH BODOB X LEH DI AJAR. JADILAH KURAAAAAANG HAJAR.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....