Pertandingan Jawatan Ketua Pemuda - Ini Komen @KhairyKJ @Reginalah @KBSMalaysia






Apa ade hal? Membujur lalu melintang patah!! Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan itu dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.



Khairy yang akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan berkata beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua pergerakan itu.

"Kita sudahpun buat pindaan perlembagaan empat tahun lepas dan tiada sekatan dan proses pencalonan untuk jawatan ketua pemuda ataupun untuk apa jawatan sekali pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa individu termasuk anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah, yang mahu bertanding jawatan itu.

Mengenai saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin muda diberi peluang menjelang pemilihan parti, Khairy berkata perkara itu memang diamalkan dalam parti sejak sekian lama.

Katanya proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam parti tetapi ia perlu diperkasakan lagi.

"Umno sentiasa memerlukan peralihan generasi dan kemunculan pemimpin muda dan adalah penting untuk menggabungkan pemimpin muda ini dengan pemimpin berpengalaman," katanya.

1 ulasan:

  1. sdra,
    100 dalil mengapa KJ tidak layak menduduki apa apa jawatan dalam UMNO atau kabinet. Sudah120 hari , umum kenal di mana sebenar nya hati jiwa pandangan pemikiran hala tuju nafsu angan angan dan rangkaianya.

    ABK
    ASALKAN bukan kj
    tolak kj.tolak kj.tolak kj
    tolak Ajib GOR GONG
    Jangan tunggu lagi.Mulai kempen Carpe diem.
    Kita perlu PM Baru.
    Ada orang kata KJ tu Intelligent

    Dia punya intelligent dari osmosis bukan natural ,sebab dia oxon,liberal,moderate,SIL,dan 40 tahun dulu bapa nya kerja dengan KBS(duu nama apa ya )ada reginnalah,
    ada cover boy majallah GQ,pandai tulis surat kapada majallah economist UK,ada sahbat rapat Pork chop jason jonathan, sahabat AA Tony FFFF,dan peminat nya nombor satu dari 7.05.13 adalah Lim kit siang,yang kerap minta ah jib gor gong kasih sama KJ jawatan tinggi.

    Yang paling utama sekali, sebab KBS ada bajet 789.000.000(RM) untuk di agihkan,tak masuk 1M punya dan ,hanya dengan melaungkan Endless Possibilities , maka intelligent lah,liberal lah,moderate lah,centrist lah,KJ.
    world view lah kj.
    maka jerit lah ah jib gor gong,the best is yet to come,endless possibilities,high income nation.
    kita perlu perdana menteri baru.
    kita tak mau slogan demi slogan.
    kita tak mau konsultan.
    kita mau idris jala.
    kita tak mau pemandu.
    Tolak Ah jib tolak kj.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....