BB macam tak percaya, sungguh tak percaya!!! Blogger Otai ni sanggup mengubah prinsip dan sokongannya kepada Khairy yang sebelum ini dibalun dan di"babunkan" nya sampai tak HENGNGAT!! Pak Mertua Khairy sapa lagi kalau bukan Pak Lah, mantan Perdana Menteri kita lagi teruk kena, DAHULU, KINI, SELAMANYA....
Tapi segalanya bertukar kini. Apa yang membuat APA menukar prinsip dan sokongan beliau? Sama-sama kita baca luahan kata hati beliau seperti di bawah ini :
Sejak malam tadi sengaja aku letakkan header blog aku dengan banner yang menunjukan sokongan aku secara terbuka kepada Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia untuk pemilihan kali ini.Saperti yang aku jangkakan ramai yang berkokok sinis dengan pendirian terbaru aku ini tidak terkecuali sahabat sahabat aku dikalangan bloggers sendiri.
Mungkin sesuatu yang memeranjatkan bila aku,orang yang saban waktu"membalun" KJ siang dan malam dari era Bapa Mertua dia sehingga kehari ini tiba tiba beralih MENYOKONG dia pula.Maka yang tergambar difikiran ramai hanyalahAKU PASTINYA SUDAH DIBAYAR KJ UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.
WAALLAHI..WABILLAHI...WATALLAHI...aku bersumpah tiada menerima apa apa bayaran pun dari KJ untuk mengubah pendirian aku terhadap beliau selama ini.Jika aku berbohong MAKA segala lakhnat akan menimpa diriku dan keluargaku.
Aku mengubah pendirian aku atas beberapa faktor dan pertimbangan aku sendiri.Pertamanya,faktor calun calun pencabar jawatan Ketua Pemuda yang dah disahkan tidak mencapai piawaian aku.Kedua,bila Kj tampil kehadapan membelaTun Faisal dalam isu kelayakan beliau untuk bertanding jawatan MT,beliau telah melakukan apa yang wajib dilakukan oleh seorang Ketua Pemuda membela anak buahnya dan membela MARUAH Pemuda Umno Malaysia dari diperkotak-katikan dengan kerenah birokrasi yang samar samar.Itu saja 2 FAKTOR yang menjadi perkiraan aku...
Bercakap soal TRANSFORMASI yang ghairah dibicarakan oleh banyak pihak,aku hanya merealisasikan transformasi aku sendiri secara peribadi.
Pada aku secara peribadi TRANSFORMASI itu memerlukan perubahan besar yang menyeluruh bukan sekadar anjakan kecil dari semua aspek.Kalau setakat anjakan kecil ianya hanyalah REFORMASI yang galak dilaungkan Anwar dan penyokongnya sejak 1998,yang akhirnya tidak membawa apa apa erti dalam perjuangan Umno itu sendiri.
Aku "tranform" dari kemarahan aku kepada Umno dan Pemimpinnya sejak 11 tahun lalu atas masaalah peribadi kami kepada mengurangkan kemarahan aku itu dan akhirnya menghilangkan kemarahan itu terus dari hatiku....
Aku "tranform" dari kemarahan dan kebencian aku terhadap Pak Lah dan keluarganya kepada kurang marah dan benci dan berdoa suatu hari kelak dengan izin Allah Taala kami dapat berkata kata dalam keadaan harmoni tanpa prejudis....
Aku "tranform" dari tidak menyokong Umno dan Pemimpin nya kepada menyokongpemimpin yang aku kira LAYAK untuk diamanahkan memimpin Umno dan orang Melayu...
Itu TRANSFORMASI PERIBADI yang aku lakukan...
Hari ini kita bercakap pasal AGENDA MEREMAJAKAN UMNO,tapi berapa ramai dikalangan kita yang benar benar faham maksud meremajakan atau peremajaanUmno itu sendiri?
Proses meremajakan Umno bukan sekadar menukar pemimpin yang tua kepada yang muda dan kalau itu sajalah yang kita rasa patut lakukan ianyalah hanya prosesMENUKAR PEMIMPIN bukan proses MEREMAJAKAN PERJUANGAN UMNO.
Kita sepatutnya...
Kembali meremajakan perjuangan Umno yang dah tua dan berusia 66 tahun ini kepada perjuangan Umno zaman remaja mereka 40-50 tahun dahulu sewaktu kebanyakan Pejuang Umno masih muda remaja.Semangat kental,keberanian,ketegasan dan segala yang positif kita hidupkan kembali dengan mengambil kira dan menyesuaikan keadaan semasa dan aspirasi orang Melayu hari ini.
Kita remajakan kembali sikap amanah dan tanggungjawap kita yang dah dituakan dek kemakmuran negara sehingga ramai diantara kita terpalit dengan politik kebendaan mengejar kekayaan peribadi sehingga kita lupa dan leka akan amanah dan tanggung jawap kita terhadap agama dan bangsa.
Kita remajakan sikap AMARAH DENGKI KHIANAT sesama kita yang dah tua bersarang dihati kita berpuluh tahun lamanya.Kita kembalikan ia ke zaman remaja Umno dulu dimana sifat ini wujud ditahap paling minima dan boleh dikatakan hampir tidak wujud langsung waktu itu.
INILAH PEREMAJAAN HAKIKI UMNO yang sepatutnya menjadi landasan bila kita bercakap pasal AGENDA MEREMAJAKAN UMNO agar Umno itu terus kekal kuat dan utuh untuk membawa Umat Melayu menghadapi 66 tahun yang mendatang....
WAALLAHU'ALAM
P/S : Tapi kalau lepas ni KJ rasa nak offer aku kerja tukang angkat file ke...driver ke...atau Ketua kepada Ketua Pemuda Umno ke....,maka "muhaballah" diatas tidak lagi boleh diambil kira kerana sumpah diatas hanya untuk "sokongan mengejut"aku semalam dan hanya berkaitan tuduhan yang kononnya aku DIBAYAR untuk berbuat demikian....
HARAP MAKLUM
BB : Apa pun, TABIK LA APA sebab sanggup menukar prinsip beliau demi KEBENARAN walaupun ia bertentangan dengan prinsip asalnya sendiri.. TAK SEMUA YANG BURUK ITU BUSUK, DAN TAK SEMUA YANG CANTIK ITU WANGI.....
Duit punyer pasal....
BalasPadamcayalah bro
BalasPadamludah jilat balik !!!!!! eeeiiii..gelinya!!
BalasPadambaguslah tuh. inilah yang dikatakan pembalasan. kalau dulu kata Pak Lah flip-flop, maka sekarang nih siapa pula yang fip-flop. berbagai alasan boleh diberikan. saperti kata pujangga, kalau hati sudah suka, semua indah saja. itulah tanda kasih akan bermula didalam jiwa.
BalasPadamtak payahlah nak komen panjang panjang. tak usahlah nak diberikan apa jua alasan. orang kampong semua dah tau. saja aku tak nak komen dalam blog dia tuh.
Nak buat mcm mana, dlm umno sekarang terpaksa buat pilihan satu antara dua, kem Najib atau kem Mahathir ... dia mungkin dah buat secukup pertimbangan untuk berada dlm kem Najib!
BalasPadamAgak2 antara dua kem Najib & CheDet, kem mana kencang lagi masyuuk???
PadamSdra BB,dan sahabat,
BalasPadamWawasan Kj buktikan wujud nya antara 100 dalil mengapa KJ tidak layak menduduki apa apa jawatan dalam UMNO atau kabinet.
Sudah 145 hari berlalu , umum kenal di mana sebenar nya hati jiwa
pandangan pemikiran hala tuju nafsu angan angan dan rangkaianya.
wawancara di atur olih reginaa penyokong dap,api dalam sekam.
sekam di biyaai umno melalui kj.
A B K
ASALKAN bukan KJ
Tolak kj.Tolak kj.Tolak kj = tolak Ajib GOR GONG
Jangan tunggu lagi.Mulai kempen Carpe diem.
Kita perlu PM Baru.,bukan twitter champion di sans francisco .
Perlu apa kita bagi peluang orang putih belasah duit kazanah ?
Ah Jib dabik dada kita di malaysia ada macam macam jenis laman media portal e-govt dan saluran komunikasi world class(ikut nis bah Ah jib gor
gong).maka perlu apa diri pejabat di jauh jauh jauh ????
Nak buat hideout ke ? Playground ? Rumah santai ?
Ada orang kata KJ tu Intelligent.
Dia punya intelligent dari osmosis bukan natural ,sebab dia
oxon,liberal,moderate,SIL,dan 40 tahun dulu bapa nya kerja dengan
KBS(duu nama apa ya )ada reginnalah,
ada cover boy majallah GQ,pandai tulis surat kapada majallah economist UK,ada sahabat rapat Pork chop jason jonathan, sahabat AA Tony FFFF,dan peminat nya nombor satu semenjak dari 7.05.13, adalah Lim kit siang,yang kerap minta ah jib gor gong kasi sama KJ jawatan tinggi,tinggi.,tinggi
Yang paling utama sekali, sebab KBS ada bajet
789.000.000(RM) untuk di agihkan, untuk 19 jenis sukan. ?
KJ su dah lupa kita hanya ada 25 juta rakyat malaysia tulin.Tak bolih pakai 4 juta Pati dan expatriates dan PR status untuk naik kan sukan ke taraf dunia ?
Apa perlu kita taraf dunia untuk sukan ?
Jadi High Income nation pun terkial kial .
50 % daripada 25, juta penduduk di bawah umur 23 tahun, yaani 12 juta.
Kita punya unemployment rate 3 %.
KJ ,elok lak cari perluang perkerjaan untuk jutaan rakyat Malaysia, dari sibuk buat kertas kerja Sports University.
Jangan lupa KJ, negara kita tempat 4 juta orang asing,pati,expatriate,orang bukan rakyat malaysia,MYkad Merah cari makan dengan ehsan rakyat Malaysia ! Ingat !. Tak perlu guna ENDLESS POSSIBILITIES sebagai teras dan pletform high income nation dan the best is yet to come .
Apa guna laungan Endless Possibilities ,liberal, global movement of moderate.,centrist ,world view lah, kj.Jerit lah ! ah jib gor gong tak dapat kita tolong jutaan belia yang perlu pembelaan.
Kita perlu perdana menteri baru.
kita tak mau slogan demi slogan.
kita tak mau konsultan.
kita mau idris jala keluar.
kita tak mau pemandu.,tutup aje.
Tolak Ah jib = tolak kj.
Kj sudah canang awal,umpan rasuah pada penyokong nya,mereka akan di
bawa world class free junket ,pakai duit rakyat,nak pujuk rakyat imigran
malaysia pulang (?).Kalu macam itu buat apa TalenCorp ? Atau nak ambil
alih talenCorp ?Kamu nak hijak ? Macam Ah Jib Hinjakan 1.4 juta pekerja kerajaan , kasi Zero Kerja dapat gaji.
.Kasi Konsultant jutaan RM.
Kasi Pemandu Jutaan RM.
Kj terlalu mudah nak ole ole duit,sebab bukan duit sendiri,(FIL ?),pakai jet perbadi yang di beli olih kazanah untuk FIL ?
Memang sahih KJ amal :
1.Endless Possibilities.
2.The High Income Nation.
3.The best is yet to come.
4.political transformation Ah Jib gor gong aka bapak kucing,bapak sekolah vernakular....bapak sekolah foon yew high skool,bapak nazifudin..
tolak ah aji tolak ah jib tolak kj.
Say no to ah jib.
arjuna waspada
changkat lobak.
ko pula ADMIN berapa dapat duit hasi LENDIR dan JILAT si KJ to, amacam best tak kene muka sendiri heheheheheehe
BalasPadam