Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) tetap mengambil langkah berdiam diri dan tidak memberi komen mengenai lawannya, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah
Beliau tetap diam biarpun diminta mengulas mengenai dakwaan lawannya, bahawa keputusan bertanding kononnya kerana gerakan Pemuda disifatkan kurang mendesak dan sudah tidak bermaya lagi.
Ketika ditanya mengenai dakwaan itu, Khairy hanya memberikan reaksi spontan; "Baguslah.” kepada media semalam.
Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun enggan memberi komen lanjut berhubung isu tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Unit Media Baru Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata penyertaan saat-saat akhir bukan perkara yang mengejutkan dalam pertandingan terbuka seperti ini.
“Ini adalah kesan daripada pertandingan yang terbuka dan demokrasi kerana itu sesiapa saja boleh menawarkan diri mereka untuk bertanding,”katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Malah, katanya, penyertaan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid itu juga tidak patut dijadikan isu.
Ini kerana, katanya, beliau berpandangan cabaran untuk bertanding dalam merebut jawatan perlu diraikan atas semangat keterbukaan dan demokrasi pemilihan tahun ini.
“Saya fikir tidak ada salah dengan apa yang dia lakukan (Akhramsyah) dan ia satu perkara yang positif dan kita lihat bakal menguatkan parti bukannya melemahkan seperti didakwa sesetengah pihak,”katanya.
Katanya, dakwaan Ketua Pemuda Umno panik apabila dicabar juga dianggap tidak benar.
“Sebagai ahli politik berpengalaman saya tidak fikir beliau takut kerana pernah melalui tentangan lebih sengit apabila terpaksa bersaing dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Khir Toyo,” katanya.
Sebelum ini Akhramsyah mengesahkan keputusan beliau mencabar penyandang Ketua Pemuda Umno menerusi tulisan dalam blognya,http://www.thoughtsintangents.blogspot.com.
“(Saya) Bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia,” kata Akhramsyah.
Khairy juga dalam reaksi pertamanya berkata, beliau gembira dengan cabaran yang bakal diterimanya dalam pemilihan parti itu pada Oktober.
“Saya gembira apabila adanya cabaran itu. Ia adalah pertandingan terbuka, saya mengalukan-alukan,” katanya kepada media.
Setuju. ABUK Anyone but KJ.
BalasPadamKJ !! KJ !! KJ !!
BalasPadamPEMUDA SOKONG KJ !!
siapa lagi yang layak bertanding? setakat isi borang aku pun boleh.
BalasPadamaq ahli gak, hbaq mai sat background calon tu?
BalasPadamcalon kecundang mayc
BalasPadam